51) PEMBINAAN JALAN BARU DI ANTARA CHERAS HARTAMAS DAN TAMAN SEGAR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Soalan sama pada Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022, tetapi belum menerima jawapan.
-
Apakah status kepada pemohonan peruntukan bawah Kerajaan Negeri untuk membina jalan di antara Cheras Hartamas dan Taman Segar oleh MPAJ?
51) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Kawasan Selia Tempatan (peST) telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sejauh mana keberkesanan pelaksanaan program melalui PeBT ini kepada belia?
-
Senaraikan program-program serta jumlah peruntukkan yang telah diberikan kepada PeST ini mengikut kawasan Pihak Serkuasa Tempatan?
51) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bolehkah kita mengadakan untuk rakyat rumah mampu milik yang harganya sedikit melepasi harga yang ditawarkan kepada ÒPemindahan SetingganÓ kerana ramai yang berpendapatan rendah di negeri ini yang tidak mampu memiliki rumah?
51) PEMBANGUNAN BERSEPADU DI WILAYAH SELATAN SELANGOR (IDRISS)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembangunan IDRISS sehingga kini?
-
Adakah sesi libat urus dan wawaran pemakluman kepada masyarakat setempat dilakukan?
51) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah permohonan skim air tersebut selepas ia ditutup pada 31 Disember 2019?
-
Adakah permohonan skim tersebut dibuka lagi selepas ini dan proses rayuan dibenarkan sekiranya permohonan ditolak?
-
Berapakah anggaran perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk membiayai pelaksanaan skim tersebut?
51) HUTANG KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila huraikan berapakah jumlah keseluruhan hutang terkumpul Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Pusat sejak 5 tahun yang lalu dan kemukakan perbandingan di antara negeri-negeri yang lain dalam tempoh yang sama ?
-
Sila nyatakan butiran terperinci tentang jadual pembayaran balik hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Pusat sejak 5 tahun yang lalu ?
-
Sila nyatakan dengan jelas adakah dalam tempoh 2 tahun yang lepas Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memohon pinjaman baru daripada Kerajaan Pusat?
51) PROGRAM USAHAWAN TANI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana kejayaan perlaksanaan Program Pembangunan Agropreneur setakat ini?
-
Adakah Kerajaan akan meneruskan perlaksanaannya? Jika ia apakah perancangan Kerajaan Negeri seterusnya untuk meningkatkan penglibatan lebih ramai lagi usahawan-usahawan tani (agropreneur) ?
51) BANTUAN SEKOLAH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah bantuan sekolah yang telah diperuntukkan kepada SJKC Yak Chee Puchong, SJKC Sin Ming Puchong, SJKC Han Ming Puchong, SJKC Ladang Harcoft, SJKC Kheng Chee Puchong, SJKC Bukit Serdang dan SJKC Tan Siew Sin mengikut tahun 2008 sehingga 2017
-
Nyatakan jumlah bantuan sekolah yang telah diperuntukkan kepada SJKT Castlefield, SJKT Seafield , SJKT Puchong BT14 dan SJKT Ladang Kinrara mengikut tahun 2008 sehingga 2017
51) TAWAS Ð TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak kerajaan negeri berhasrat menjadikan pemohon-pemohon tawas yang didaftarkan sejak tahun 2008/09, secara automatik layak mendapat faedah dari skim/program tunas & si kembar sebagai satu lagi bentuk bonus selain bonus jom shopping bernilai RM100.00?
51) PAKEJ KITA SELANGOR 2.0
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pencapaian (jumlah penerima dan anggaran penerima sebenar) dan jumlah peruntukan yang telah digunakan setakat terkini bagi setiap inisiatif yang telah dilaksanakan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 .