51) MASALAH PENGANGGURAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan statistik penganggur di Negeri Selangor dari bulan Jun 2008 hingga Februari 2009
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
51) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah permohonan skim air tersebut selepas ia ditutup pada 31 Disember 2019?
-
Adakah permohonan skim tersebut dibuka lagi selepas ini dan proses rayuan dibenarkan sekiranya permohonan ditolak?
-
Berapakah anggaran perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk membiayai pelaksanaan skim tersebut?
51) PROGRAM USAHAWAN TANI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana kejayaan perlaksanaan Program Pembangunan Agropreneur setakat ini?
-
Adakah Kerajaan akan meneruskan perlaksanaannya? Jika ia apakah perancangan Kerajaan Negeri seterusnya untuk meningkatkan penglibatan lebih ramai lagi usahawan-usahawan tani (agropreneur) ?
51) BANTUAN SEKOLAH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah bantuan sekolah yang telah diperuntukkan kepada SJKC Yak Chee Puchong, SJKC Sin Ming Puchong, SJKC Han Ming Puchong, SJKC Ladang Harcoft, SJKC Kheng Chee Puchong, SJKC Bukit Serdang dan SJKC Tan Siew Sin mengikut tahun 2008 sehingga 2017
-
Nyatakan jumlah bantuan sekolah yang telah diperuntukkan kepada SJKT Castlefield, SJKT Seafield , SJKT Puchong BT14 dan SJKT Ladang Kinrara mengikut tahun 2008 sehingga 2017
51) PEKERJA ASING DI PREMIS MAKAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengetatkan undang-undang atau melarang pekerja asing dalam sektor pembuatan atau penyediaan makanan di premis makanan?
-
Berapakah jumlah pekerja asing yang berdaftar dalam sektor pembuatan dan penyediaan makanan di negeri Selangor?
51) BANTUAN SEKOLAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan untuk bantuan sekolah sejak tahun 2008 mengikut Sekolah Agama, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Kebangsaan Tamil di kawasan Puchong
51) PENGANGGURAN
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-Iangkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan negeri di dalam menangani masalah pengangguran di negeri Selangor, terutamanya kepada anak negeri.
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai pendekatan, atau mewujudkan peluang pekerjaan atau apa cara yang sewajarnya untuk membendungnya.
51) JUMLAH PERNIAGAAN DAN KEDAI TEH BUBBLE YANG DI DIDAFTARKAN BAWAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan setiap jenis jenama dan jumlah kedai "Bubble Tea" yang telah didaftarkan di bawah Negeri Selangor mengikut pecahan Kerajaan Tempatan (PBT).
-
Kedai "Bubble Tea" yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya penduduk bandar telah mengakibatkan pembuangan cawan minuman plastik dalam jumlah yang tinggi. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang perancangan untuk mengkaji dan melaksanakan syarat-syarat baru terhadap perniagaan jenis ini bagi memastikan kedai-kedai ini akan lebih mesra alam (environmental friendly)?
51) BALAI RAYA TERBIAR DI TANJUNG KERAMAT KUALA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Kenapa ianya terus terbiar dan mengalami kerosakan dan kecacatan?
-
Sedarkah Kerajaan Negeri ianya telah menjejaskan imej di mata pelancong ke Makam Anak Dara dan Hotel De Palma?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri?
51) PENGUNJUNG DOMESTIK
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah pengunjung domestik ke tempat pelancongan di Negeri Selangor?
-
Apakah usaha kerajaan untuk menarik lebih pelancong ke Negeri Selangor daripada mereka ke luar negara?