51) PENCEGAHAN JENAYAH, PDRM DAN PERANAN PBT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah program-program dengan kerjasama PDRM bagi mengurangkan kes pecah rumah dan ragut?
-
Apakah halangan undang-undang untuk mewujudkan pasukan-pasukan pemantau PBT bagi tujuan mencegah kes-kes ini?
-
Apakah rancangan dan program bersepadu kerajaan negeri ke arah mengurangkan kes-kes ini?
51) HUTANG KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila huraikan berapakah jumlah keseluruhan hutang terkumpul Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Pusat sejak 5 tahun yang lalu dan kemukakan perbandingan di antara negeri-negeri yang lain dalam tempoh yang sama ?
-
Sila nyatakan butiran terperinci tentang jadual pembayaran balik hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Pusat sejak 5 tahun yang lalu ?
-
Sila nyatakan dengan jelas adakah dalam tempoh 2 tahun yang lepas Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memohon pinjaman baru daripada Kerajaan Pusat?
51) PEMBINAAN JALAN BARU DI ANTARA CHERAS HARTAMAS DAN TAMAN SEGAR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah status kepada pemohonan peruntukan bawah Kerajaan Negeri untuk membina jalan di antara Cheras Hartamas dan Taman Segar oleh MPAJ?
51) JMB DAN PENGURUSAN PANGSAPURI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menaik tarafkan pengurusan JMB dengan memberikan insentif sewajarnya seperti mana kampung-kampung tradisi ditadbir?
-
Adakah Skim Ceria untuk pangsapuri akan diperluaskan pada tahun ini dengan sasaran 1 Dun 1 Pangsapuri?
51) PEMBERHENTIAN PEKERJAAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah punca pemberhentian pekerjaaan untuk tempoh 5 tahun lalu (2015-2019)?
-
Apakah sektor-sektor pekerjaan yang terlibat dalam tempoh 5 tahun lalu (2015-2019)?
51) SUMBANGAN CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) OLEH SETIAP BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan butiran jumlah sumbangan Corporate Social Responsibility (CSR) dan penerima-penerima untuk setiap badan berkanun dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor
51) SUKA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana pihak kerajaan memastikan bahawa program tersebut di manafaat oleh rakyat ?
-
Bagaimana pihak kerajaan menilai penyelia-penyelia program tersebut ?
-
Apakah tindakan kerajaan yang wajar di lakukan untuk memastikan bahawa penyelia yang sesuai sahaja memegang jawatan tersebut ?
51) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelajar IPT yang mendapat pinjaman pelajaran dari Yayasan Selangor sejak tahun 2008 hingga 2010?
-
Sila terangkan komposisi kaum yang telah mendapat pinjaman tersebut?
-
Berapakah jumlah keseluruhan wang yang telah dikeluarkan kepada pelajar tersebut sejak tahun 2008 hingga 2010?
51) KEPERLUAN DIALISIS
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penyakit di Negeri Selangor yang memerlukan dialisis? Sila beri butiran mengikut daerah.
-
Sila nyatakan di manakah mereka mendapat perkhidmatan dialisis.
-
Adakah kerajaan negeri ada perancangan untuk membantu golongan ini?
51) KERJA-KERJA TURAPAN JALAN DI DAERAH SEPANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah status kerja-kerja membaiki permukaan jalan di laluan FT 31 Banting-Semenyih dan bilakah kerja-kerja tersebut dianggarkan siap?
-
Apakah status kerja-kerja membaiki permukaan jalan di laluan FT 214 Putrajaya-Dengkil dan bilakah kerja-kerja tersebut dianggarkan siap?