50) SELANGOR SMART AGRO PARK (SSAP)
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini kemajuan SSAP?
-
Berapa ramai peserta atau syarikat yang terlibat dalam pembangunan kawasan pertanian berintegrasi dalam projek SSAP?
-
Apakah pelan Kerajaan berkenaan usaha menjaga kelestarian flora dan fauna dalam kawasan pembangunan tersebut?
50) PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR DI BAWAH PELAN TINDAKAN AGENDA SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan mengikut kawasan Dewan Negeri di bawah Pelan Tindakan Agenda Selangorku bagi memperbaiki dan menyelenggara infrastruktur di bawah Pihak berkuasa Tempatan ?
50) SENARAI NILAIAN BARU 2020
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah proses untuk meneliti dan menimbangkan bantahan yang dikemukakan oleh pemilik harta/ pegangan terhadap kenaikan mendadak nilai tahunan baru/ cukai pintu yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan? Bilakah Senarai Nilaian Baru 2020 akan dikuatkuasakan?
50) HAK MILIK STRATA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah premis kediaman dikawasan DUN Bukit Antarabangsa yang belum memiliki hakmilik strata? Senaraikan.
-
Senaraikan jumlah kediaman yang telah berjaya memiliki hak milik strata dari 2020 hingga terkini.
-
Apakah dasar baru Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan masalah hak milik strata?
50) PENGURUSAN SAMPAH DOMESTIK DI MERU
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah anggaran sampah yang dapat diuruskan oleh KDEB dan tidak dapat dikutip oleh KDEB dalam sehari di Meru berdasarkan kepada bilangan lori dan kontraktor KDEB di Meru?
-
Ada berapa operator sampah KDEB dan zon operasi mereka di Meru?
-
Adakah pihak MPK mempunyai visi dan iktizam untuk mengindahkan Meru dan menjadikan Meru zon bebas sampah?
50) KOS PEMBERIAN HAMPER
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun:
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan kos keseluruhan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk pemberian hamper Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali bagi tahun 2012
-
Siapakah pembekal hamper-hamper ini dan bagaimanakah pembekal dipilih?
50) ANAK-ANAK SYARIKAT DAN SYARIKAT-SYARIKAT BERSEKUTU DI BAWAH PNSB
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Terdapat lapan anak syarikat, lapan syarikat bersekutu dan sebuah syarikat bersekutu di bawah anak syarikat PNSB. Sila kemukakan perbelanjaan untuk mengurus setiap syarikat di atas dari tahun 2004 hingga 2008.
-
Manakah di kalangan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu ini yang rugi dan membebankan PNSB dan berapakah kerugiannya bagi setiap anak syarikat dan syarikat bersekutu tersebut
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menutup syarikat-syarikat yang membebankan PNSB ini?
50) USAHAWAN MUDA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi membantu usahawan muda di Selangor pada tahun 2016
-
Apakah pelan jangka masa panjang Kerajaan Negeri bagi menggalakan lebih ramai lagi usahawan muda di Selangor?
50) IBU PEJABAT PERBADANAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Sila nasihat bila projek ini telah dianugerahkan kepada Tetuan Puncak Wangi Sdn Bhd dan berkongsi milik pihak-pihak yang terbabit seperti PKNS dan Puncak Wangi Sdn Bhd.
-
Sudahkah Majlis Bandar raya Petaling Jaya menasihati pihak pemaju berikutan kekangan dari segi infrastruktur, utiliti, pembetungan, syarat-syarat merancang sebelum mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan perintah pembangunan (development order)?
-
Sila nasihat secara ringkas cadangan-cadangan ini mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pemaju dan syarat-syarat mereka.
50) ASRAMA UNTUK ANAK – ANAK PEKERJA LADANG
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Semasa pilihan raya yang lalu kita telah berjanji kepada rakyat untuk membina dua buah asrama bagi membantu pelajaran anak -anak pekerja ladang. Sudahkah tanah dikenal pasti ? Di mana ?
-
Bilakah kerja-kerja mendirikan asrama-asrama ini akan bermula dan bila ianya dijangka siap ?