50) TANAH PERKUBURAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Bagaimana cara gazetkan tanah kubur hindu di satu-satu kawasan?
-
Masalah kekurangan kawasan tanah perkuburan akibat dari ketidaksama imbang antara kaum di sesuatu penempatan penduduk. Apakah jalan penyelesaian yang perlu untuk mengatasi masalah ini?
50) AGIHAN WANG ZAKAT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah agihan wang zakat untuk membantu golongan asnaf miskin di Negeri Selangor dan apakah kriteria - kriteria yang diguna pakai untuk penilaian asnaf miskin ini ?
50) PEBS
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana pihak kerajaan memastikan bahawa program tersebut di manafaat oleh rakyat ?
-
Bagaimana pihak kerajaan menilai penyelia-penyelia program tersebut ?
-
Apakah tindakan kerajaan yang wajar di lakukan untuk memastikan bahawa penyelia yang sesuai sahaja memegang jawatan tersebut ?
50) ANJING LIAR SEMAKIN MERUNCING
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah tangkapan anjing liar oleh PBT seluruh Selangor pada tahun 2022.
-
Langkah baru bagi menangani masalah ini yang kian meruncing?
-
Masalah jangkitan penyakit anjing?
50) CAJ PARKIR KENDERAAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Bolehkah Kerajaan Negeri membatalkan caj parkir kenderaan yang baru diumumkan oleh MDKS?
50) KEM DIMILIKI OLEH YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan hasil pendapatan Kem Bina Semangat dan The Woods Resort pada tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016
-
Nyatakan projek-projek naik taraf yang telah dijalankan oleh Kem Bina Semangat dan The Woods Resort pada tahun 2015 dan 2016.
50) GUGUSAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan ada menyediakan geran atau apa-apa bantuan khusus untuk petani yang ingin mengusahakan pertanian moden?
-
Adakah Kerajaan sudah mengenalpasti lokasi-lokasi strategik dan sesuai untuk penanaman Tanaman Berpenghasilan Tinggi (High Value Crop) di Negeri Selangor?
50) SISTEM PERTUKARAN KAKITANGAN PBT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri ingin melaksanakan sistem pertukaran kakitangan antara PBT di seluruh Negeri Selangor supaya prestasi mereka dapat dipertingkatkan dan berdaya saing?
50) ISU RUMAH BEKAS PEKERJA LADANG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah 64 keluarga bekas pekerja Ladang Sungai Belata yang telah menandatangani perjanjian dengan pemaju untuk membeli rumah kos rendah pada tahun 2001 telah mencapai persetujuan dengan pemaju penyelamat? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
-
Nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri yang membantu bekas pekerja ladang di Bukit Tagar yang diberikan notis pindah keluar oleh pemilik ladang yang baru
50) WABAK DENGGI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Dalam tahun 2011, Negeri Selangor mencatatkan 1,004 kes wabak denggi sehingga Februari 2011. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani wabak ini?
-
Apakah program-program Kerajaan Negeri untuk membanteras wabak denggi khususnya program-program kesedaran rakyat yang telah dijalankan?