50) CAJ PARKIR KENDERAAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Bolehkah Kerajaan Negeri membatalkan caj parkir kenderaan yang baru diumumkan oleh MDKS?
50) KEM DIMILIKI OLEH YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan hasil pendapatan Kem Bina Semangat dan The Woods Resort pada tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016
-
Nyatakan projek-projek naik taraf yang telah dijalankan oleh Kem Bina Semangat dan The Woods Resort pada tahun 2015 dan 2016.
50) DASAR MBSA DAN KAWALAN BERKENAAN KAWASAN PERINDUSTRIAN RINGAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar pembangunan dan kawalan terhadap tragedi Kilang Cat dan bahan kimia yang terbakar pada 25 September 2015?
-
Apakah ada sebarang cadangan untuk mewujudkan kawasan perindustrian yang khusus untuk bahan mudah terbakar?
50) ISU RUMAH BEKAS PEKERJA LADANG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah 64 keluarga bekas pekerja Ladang Sungai Belata yang telah menandatangani perjanjian dengan pemaju untuk membeli rumah kos rendah pada tahun 2001 telah mencapai persetujuan dengan pemaju penyelamat? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
-
Nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri yang membantu bekas pekerja ladang di Bukit Tagar yang diberikan notis pindah keluar oleh pemilik ladang yang baru
50) ASET KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan aset - aset Kerajaan Negeri yang dicadangkan untuk dicairkan bagi membantu pembiayaan pendidikan di UNISEL dan KUIS?
-
Apakah nilai aset - aset yang telah dikenal pasti bagi tujuan ini?
50) LANGKAH-LANGKAH PUBLISITI KERAJAAN NEGERI BAGI PENGUMUMAN TENTANG CUKAI PETAK
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan proses-proses pengumuman serta jenis-jenis publisiti yang telah dilakukan Kerajaan Negeri bagi memperkenalkan cukai petak kepada seluruh warga Selangor
50) MPKK KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
MPKK setiap kampung tradisi mempunyai pendapatan yang berbeza-beza tertakluk kepada prasarana dan kemudahan yang ada persoalannya bagaimana dengan mpkk kampung tradisi yang kurang prasarana dan kemudahan untuk menambah pendapatan bagi mengadakan program kemasyarakatan. Adakah EXCO merancang untuk menambah peruntukan?
50) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR DENAGN SPLASH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini penstrukturan semula industri air Selangor antara SPLASH dengan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memandangkan perkara ini masih belum dimuktamadkan dan tempoh rundingan sepanjang satu tahun hampir akan tamat sekitar pertengahan tahun 2015?
50) PERTUMBUHAN PUSAT SIBER DAN PUSAT URUT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Kota Damansara pada tahun lepas dilabelkan sebagai ÔSin CityÕ kononnya adanya pertumbuhan mendadak pusat-pusat urut/penjagaan kesihatan dan pusat siber. Kerajaan Negeri ada mengeluarkan arahan bahawa tiada lesen baru untuk rumah urut dikeluarkan. Berapakah bilangan pusat penjagaan kesihatan /pusat urut pada tahun 2008 di Kota Damansara ?
-
Berapakah bilangan pusat penjagaan kesihatan / pusat urut pada tahun 2011 di Kota Damansara?
-
Berapa bilangan pusat Siber baru yang telah dibuka sejak 2008 di Kota Damansara?
50) SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI UKAY PERDANA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti tapak untuk Sekolah Agama Rakyat di Bukit Antarabangsa? Sila berikan butiran tapak-tapak yang telah dikenal pasti dan bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sekolah berkenaan serta berapakah kos yang terlibat.