50) PROGRAM JAMINAN BEKALAN MAKANAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
PKPS mencadangkan tanah milik Kerajaan Negeri yang berkeluasan kira-kira 30 ekar di Bukit Changgang sebagai ‘Pilot Project' untuk program jaminan bekalan makanan. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan ‘vertical farming' yang menggunakan teknologi lebih canggih dan kadar produktiviti yang lebih tinggi?
50) SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima TUNAS sehingga tahun 2014?
-
Berapakah jumlah institusi/tadika yang terlibat sehingga tahun 2014?
-
Berapa banyakkah tunggakan bayaran kepada penerima sehingga tahun 2014 sekiranya ada?
50) KENAIKAN CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menggunakan lebihan pendapatan daripada kenaikan cukai taksiran bagi tahun 2025?
-
Nyatakan projek atau kerja yang akan dilaksanakan oleh MPS menggunakan pendapatan daripada kenaikan cukai ini.
50) CAJ GERAN-GERAN DI KAWASAN PERUMAHAN KAMPUNG TASIK, AMPANG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah wujudnya dua jenis caj geran yang berbeza di kawasan perumahan Kampung Tasik, Ampang.
-
Adakah pihak kerajaan akan kembalikan caj yang telah dibayar lebih setelah menyelaraskan caj-caj tersebut
-
Berapakah lot di kawasan berkenaan yang belum menjelaskan premium tanah?
50) BIDANG KUASA PBT, PDRM, PEJABAT DAERAH DAN KASTAM DALAM URUSAN PENJUALAN ARAK
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah bidang kuasa PBT, PDRM, Pejabat Daerah dan Kastam dalam urusan penjualan arak kepada orang awam?
50) PASAR RAYA BESAR DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah dasar dan kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk meluluskan permohonan lesen Pasar Raya Besar?
-
Apakah faktor utama yang menyebabkan wujudnya Pasar Raya besar di Negeri Selangor bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan?
-
Sila nyatakan apakah impak utama atas kewujudan Pasar Raya besar yang berleluasa terhadap perkembangan industri IKS
50) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM DI MUKIM TELUK PANGLIMA GARANG, JUGRA, BANDAR DAN TANJUNG DUA BELAS
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah situasi terkini tentang usaha pemutihan kilang-kilang haram dan bilangannya di Mukim Teluk Panglima Garang, Jugra, Bandar dan Tanjung Dua Belas?
50) PROJEK LEBUHRAYA PERSISIRAN PANTAI BARAT (WCE)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini pembinaan WCE terutama laluan Seksyen 7 dari Assam Jawa ke Tg. Karang?
-
Berapa jumlah peningkatan kos akibat kelewatan dari tarikh siap pembinaan?
50) RUMAH SESAK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah peruntukan yang sedia ada untuk menangani masalah rumah sesak, terutamanya pelajar dan warga asing?
-
Butirkan statistik aduan dan penguatkuasaan bagi setiap PBT bagi tahun 2008-2014.
50) KUMPULAN SEMESTA SDN BHD
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak permit yang telah dikeluarkan sehingga 2011?
-
Berapa kontraktor dan siapakah kontraktor yang telah dilantik di bawah KSSB. Mohon senaraikan.
-
Terdahulu YAB. Dato' Menteri Besar pernah mengunjurkan hasil kutipan pasir sehingga RM150 juta, kemudian unjuran RM20 juta yang juga tidak tercapai. Berapakah unjuran terbaru yang diletakkan di akhir tahun 2011 hasil kutipan pasir. Adakah penipuan bersiri ini akan diteruskan untuk menipu rakyat?