5) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah pelajar dari DUN Bukit Lanjan yang terlibat dalam program Pusat Tuisyen Rakyat Selangor pada tahun 2024?
-
Adakah kerajaan negeri bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan lain atau sektor swasta untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di Pusat Tuisyen Rakyat Selangor?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri mengukur keberkesanan Pusat Tuisyen Rakyat Selangor dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar? Adakah terdapat data konkrit mengenai peningkatan prestasi pelajar yang mengikuti program ini?
5) PRESTASI PENGERUSI MPKK
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi pengerusi MPKK di setiap kampung sebagai agen penggerak kerajaan dinilai keberkesanannya?
-
Adakah pemilihan serta pelantikan mereka ini menepati kriteria yang disediakan?
5) POLENS (M) SDN BHD
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Syarikat Polens (M) Sdn Bhd menumpukan bidang perniagaan produk-produk makanan. Apakah jenis produk makanan dan jenama yang dihasilkan?
-
Bagaimanakah pelan dan skop pemasaran produk tersebut?
-
Nyatakan prestasi jualan dan keuntungan yang diperolehi dari 2010-2013?
5) PELABURAN ANTARABANGSA KE SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah impak pandemik COVID-19 memberikan kesan kepada prestasi pelaburan ke negeri Selangor?
-
Apakah strategi khusus selain daripada Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Negeri Selangor dan Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor untuk menarik pelaburan asing ke negeri Selangor?
5) SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Kenaikan harga minyak petrol telah meningkatkan kebergantungan orang ramai terhadap sistem pengangkutan awam. Apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan keefisienan sistem pengangkutan awam di negeri Selangor supaya lebih senang diakses oleh orang ramai?
-
Apakah agensi-agensi yang terlibat dalam meluluskan kemasukan bas ke taman-taman perumahan dan apakah syarat-syarat yang dikenakan?
5) MANFAAT EKONOMI DARI PERANAN MALAYSIA SEBAGAI KEPENGERUSIAN ASEAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil manfaat dari peranan Malaysia sebagai Kepengerusian ASEAN 2025 dalam konteks menarik pelaburan dan perdagangan serta mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai hub ekonomi serantau?
5) KEUNTUNGAN GLC
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan keuntungan semua GLC sepanjang tahun 2011.
-
Apakah masalah yang dihadapi bagi GLC bukan berorientasikan keuntungan?
5) RUMAH IBADAT KAUM INDIA DI BANDAR TEKNOLOGI KAJANG, SEMENYIH
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sebuah rumah di No. 63, Jalan 3/10, Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang, Semenyih telah diubah suai oleh pemiliknya untuk dijadikan rumah ibadat kaum India sedangkan majoriti penduduk sekitarnya adalah orang Islam. Adakah akta yang berkaitan yang membenarkan premis kediaman dijadikan rumah ibadat satu-satu kaum?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor terhadap pemilik premis tersebut yang mengubah rumah kediamannya sebagai rumah ibadah?
5) BAS MEWAH KEMPEN PRU
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
YAB Dato Menteri Besar mendakwa menyediakan bas untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-13 secara sewa beli. Adakah pembelian ini melibatkan kewangan negeri?
-
Berapakah kos sebenar pembelian dan penyelenggaraan bas tersebut?
-
Adakah proses audit dilakukan untuk memastikan transaksi ini betul, telus dan bertanggungjawab?
5) KEJADIAN JENAYAH DI KOTA DAMANSARA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah jenayah dan kesalahan yang berlaku di Kota Damansara pada tahun 2008 dan 2009
-
Senaraikan jumlah kakitangan polis yang dikhususkan untuk memantau keselamatan Kota Damansara.
-
Apakah tindakan-tindakan yang inovatif dan proaktif yang pernah dilakukan oleh pihak polis untuk menangani masalah ini.