49) PERUMAHAN PEKERJA LADANG PRANG BESAR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Pada tahun 1997, penduduk empat buah ladang di Selangor, iaitu Ladang Prang Besar, Ladang Sedgeley, Ladang Galloway dan Ladang Madingley telah dipindahkan ke rumah pangsa kos rendah, 5 tingkat Taman Permata. Flat ini telah dibina oleh Putrajaya Holdings untuk PNSB. Pekerja telah membuat perjanjian jual beli rumah ini dengan PNSB. Keadaan rumah ini amatlah teruk sekarang, di mana sistem kumbahan yang rosak ,'foundation' bangunan yang bermasalah. Penduduk juga sedang hidup dalam ketakutan kerana adanya sebuah paip gas Petronas yang berada kurang 50 meter dari Blok rumah pangsa ini. Perumahan ini juga belum mendapat kelulusan menduduki CF. Bagaimana kelulusan pembangunan untuk projek ini diluluskan , sehingga kelulusan CF tidak dapat diberikan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Permata.

    Klik jawapan »

49) PROGRAM MES

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis


  1. Apakah pecahan peratusan penerima manfaat program MES mengikut umur (kanak-kanak, anak muda, dewasa, warga emas)

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan senarai terkini jumlah perbelanjaan untuk setiap skim MES yang dilaksanakan.

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan mana-mana program MES yang mempunyai syarat-syarat baru dalam tahun 2013.

    Klik jawapan »

49) RUMAH PANJANG KAMPUNG BUNGARAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Seramai lebih 90 keluarga menduduki Rumah Panjang Kg.Bungaraya merana sejak tahun 1993 kerana projek perumahan Dahlia di Seksyen U5 yang dijanjikan kepada mereka oleh pemaju Unique Creations, terbengkalai . Apakah langkah pihak Kerajaan Negeri yang telah diambil untuk memulihkan projek perumahan yang terbengkalai ini ?

    Klik jawapan »

  2. Senarai butiran projek perumahan kos rendah alternatif berhampiran yang boleh ditawarkan kepada penduduk ini ?

    Klik jawapan »

  3. Sehingga penduduk ini ditempatkan ke perumahanan alternatif yang baru Bagaimana pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama Syabas boleh mengurangkan hutang tertunggak bil air dan terus menyalurkan air kepada rumah panjang dengan kadar diskaun yang istimewa demi mengurangkan beban mereka ?

    Klik jawapan »

49) SELANGOR FRUIT VALLEY

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Selangor Fruit Valley yang dibangunkan sebelum ini untuk mengembangkan industri pertanian dan agro-pelancongan didapati semakin kurang mendapat perhatian. Apakah status terkini Selangor Fruit Valley ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah atau halangan yang menyebabkan ia semakin suram?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kerajaan bercadang mengembangkan ladang seperti konsep Selangor Fruit Valley di masa hadapan?

    Klik jawapan »

49) PEWARTAAN KUALA KUBU BHARU SEBAGAI WARISAN NEGARA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan tempat-tempat di Kuala Kubu Bharu yang telah diwartakan sebagai warisan negara.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mewartakan pekan Kuala Kubu Bharu sebagai warisan negara.

    Klik jawapan »

49) PRESTASI PERDAGANGAN SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan prestasi perdagangan dalam tahun 2024. Sejauh mana CPTPP dan RCEP telah membantu melonjakkan ekonomi Negeri Selangor? Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu pengeksport Selangor menikmati insentif seperti import duti, peraturan pasaran antarabangsa dan juga akses pasaran baru?

    Klik jawapan »

49) PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah program pembangunan masyarakat India yang dilaksanakan sepanjang 2014 & 2015 selain pekerja ladang?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan kumpulan sasaran dan pencapaiannya?

    Klik jawapan »

49) Inisiatif Pelaburan Waaqaf

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan inisiatif yang sangat murni ini bagi membantu mengatasi kemiskinan bandar?

    Klik jawapan »

49) MASALAH BANJIR KILAT DI KAMPUNG MELAYU SUBANG TAMBAHAN

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis


  1. Apakah punca sebenar (utama) berlakunya banjir tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan yang telah dilakukan untuk menangani masalah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah lagi sebarang tindakan yang akan dilakukan untuk menangani masalah banjir untuk tempoh jangka masa panjang?

    Klik jawapan »

49) SENARAI PERBELANJAAN PERUNTUKAN AHLI MAJLIS MPK

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan pada tahun 2009 oleh MPK kepada semua Ahli Majlis MPK dan senaraikan setiap program yang telah dijalankan melalui peruntukan yang dikeluarkan mengikut setiap ahli majlis

    Klik jawapan »