49) PROJEK PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU DAN TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha-usaha ataupun projek-projek pembangunan kampung yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh beberapa tahun ini?
49) RUMAH PANJANG KAMPUNG BUNGARAYA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Seramai lebih 90 keluarga menduduki Rumah Panjang Kg.Bungaraya merana sejak tahun 1993 kerana projek perumahan Dahlia di Seksyen U5 yang dijanjikan kepada mereka oleh pemaju Unique Creations, terbengkalai . Apakah langkah pihak Kerajaan Negeri yang telah diambil untuk memulihkan projek perumahan yang terbengkalai ini ?
-
Senarai butiran projek perumahan kos rendah alternatif berhampiran yang boleh ditawarkan kepada penduduk ini ?
-
Sehingga penduduk ini ditempatkan ke perumahanan alternatif yang baru Bagaimana pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama Syabas boleh mengurangkan hutang tertunggak bil air dan terus menyalurkan air kepada rumah panjang dengan kadar diskaun yang istimewa demi mengurangkan beban mereka ?
49) PERJAWATAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan kakitangan tetap, kontrak dan lain-lain kategori bagi setiap jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.
-
Untuk maklumat di atas, sila beri pecahan mengikut kaum
49) PRESTASI PERDAGANGAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi perdagangan dalam tahun 2024. Sejauh mana CPTPP dan RCEP telah membantu melonjakkan ekonomi Negeri Selangor? Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu pengeksport Selangor menikmati insentif seperti import duti, peraturan pasaran antarabangsa dan juga akses pasaran baru?
49) CADANGAN LEBUHRAYA PJD LINK
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Status terkini cadangan lebuhraya PJD link sekiranya ada.
49) KAWASAN PERINDUSTRIAN DI DUN SENTOSA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lokasi kawasan perindustrian di DUN Sentosa.
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian terhadap kesan alam sekitar di kawasan-kawasan perindustrian?
49) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pembayaran pembiayaan Skim Hijrah setakat 30 September 2015 ?
-
Berapa ramai penerima sumbangan Hijrah setakat 30 September 2015?
-
Senaraikan jumlah sumbangan dan jumlah penerima Hijrah mengikut daerah.
49) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana libat urus diadakan oleh Kerajaan Negeri dengan industri dan komuniti perniagaan di Selangor bagi meningkatkan pemahaman berkaitan RCEP khususnya mengenai aturan tempasal?
49) PEMBATALAN KEBENARAN MERANCANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek-projek pembangunan yang dibatalkan kebenaran merancang pada tahun 2014 di Selangor mengikut PBT?
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan pemaju sentiasa mematuhi peraturan pelan perancangan yang ditetapkan?
49) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah pencapaian setiap PBT dalam memberi perkhidmatan secara in-house 15%?
-
Apakah rancangan kerajaan dalam mewajibkan penggunaan compactor dalam pengutipan sisa domestik?
-
Apakah rancangan struktur kerajaan dalam usaha pengurangan sisa pepejal, kitar semula dan pengurangan pelepasan karbon?