48) KUTIPAN SAMPAH
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme pungutan sampah yang dilaksanakan oleh PBT agar ianya dapat dipungut mengikut jadual?
-
Bagaimanakah proses pungutan sampah yang dilakukan di kawasan kampung Tradisional di kawasan PBT?
-
Apakah tindakan yang dilakukan PBT kepada mereka-mereka yang membuang sampah di merata-rata tempat dan sekiranya tidak dibanteras ianya akan mengakibatkan pandangan yang tidak baik terhadap PBT?
48) RUMAH TERBIAR DAN TIDAK BERPENGHUNI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Rumah terbiar ("abandoned houses") adalah isu berbangkit bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tanggungjawab PBT terhad kepada pembersihan dan pemotongan rumput yang berkala. Berapakah bilangan rumah terbiar yang dilaporkan oleh semua PBT Selangor?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu ini?
48) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah garis panduan yang ada bagi memilih tapak bagi pembinaan Rumah Ibadat untuk Bukan Islam? Nyatakan prosedur permohonan
-
Bagaimanakah pemantauan dibuat bagi memastikan pembinaan rumah ibadat tersebut tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan
48) SELANGOR INTERNATIONAL EXPO
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi menganjurkan ekspo tersebut pada tahun 2015 dan 2016
-
Nyatakan jumlah kemasukan pelaburan hasil penganjuran international expo 2015 dan 2016
48) TAWAS
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
-
Adakah semua anak lahir di Selangor mendapat kebajikan daripada Tabung tersebut ?
-
Apakah bentuk faedah yang diperolehi oleh mereka yang telah diberi ?
-
Berapa orangkah yang telah menerima kemudahan skim ini di DUN Batang Kali ?
48) PROGRAM BELIA DI KAWASAN LUAR BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan dan program belia yang telah dilaksanakan di kawasan luar bandar?
-
Berapakah peruntukkan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan program belia di kawasan luar bandar.
48) AKADEMI KEPIMPINAN WANITA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah penambahbaikan yang dilakukan bagi Akademi Kepimpinan Wanita?
-
Apakah pencapaian graduan selepas tiga tahun pelaksanaan Akademi Kepimpinan Wanita?
48) TAMAN WARGA EMAS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang agar, di setiap taman-taman perumahan diwujudkan taman warga emas atau taman mesra warga emas bagi memastikan warga emas dapat melakukan riadah?
48) KONTRAKTOR MPK DI MERU
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kontraktor baru MPK tahun 2010 dan 2011 yang telah mendapat kerja-kerja kontrak pembersihan taman-taman di kawasan Meru.
-
Apakah kelayakan asas/pra syarat pemilihan kontraktor baru ini oleh MPK?
-
Apakah tindakan MPK sekiranya kontraktor tidak mencapai KPI yang sepatutnya?
48) BAIK PULIH APARTMENT KRISTAL
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan negeri dalam menangani isu projek Apartment Kristal yang terbengkalai sejak sekian lama?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri mengatasi masalah yang rata-rata unit Kristal sudah ada pembeli dimana mereka hanya terpaksa membayar hutang bank begitu sahaja kerana rumah dibeli terbengkalai?