48) ISU SUNGAI CEMUBUNG, KAMPUNG BAHAGIA BUKIT LAGONG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Mengapa projek menaiktaraf Sungai Cemubung Kampung Bahagia Bukit Lagong masih belum di mulakan sedangkan kini sudah masuk bulan Oktober 2016?
-
Bilakah projek berkenaan akan di mulakan?
48) PELABUR ASING
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Sejak 2008, kerajaan Negeri Selangor bergiat sangat menarik pelabur asing ke Negeri Selangor. Berapakah projek dan jumlah nilai yang telah dibawa masuk?
-
Berapakah peluang pekerjaan telah diujudkan khasnya kepada golongan graduan?
48) TANAH T.O.L
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah Syarat-syarat tanah T.O.L yang telah lama diduduki boleh dipindahmilik kepada penduduk?
48) PROGRAM PEMBANGUNAN SEMULA FLAT-FLAT YANG TELAH USANG
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Dalam Sidang Dewan yang lalu EXCO Perumahan bersetuju untuk membangunkan semula flat rumah kos rendah Seksyen 16 Shah Alam. Apakah rancangan PKNS untuk membangunkan semula kawasan flat ini.?
-
Bilakah ia akan mula dilaksanakan.
48) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB/MC)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan dan solusi yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi permasalahan yang timbul di kawasan yang tidak mempunyai Badan Pengurusan Bersama?
-
senaraikan jumlah JMB/MC yang berjaya ditubuhkan dalam Kawasan DUN Sentosa?
-
Nyatakan tindakan dan inisiatif Kerajaan Negeri bagi kediaman yang tidak Berjaya menubuhkan JMB.
48) OPERASI PENDUDUK DAN PENIAGA WARGA ASING BAGI KAWASAN DUN KOTA DAMANSARA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
-
Berapakah operasi yang telah dijalankan bagi tahun 2024?
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk memperbanyakkan operasi bagi tahun 2025?
-
Bilakah kerajaan negeri bersama pihak Imigresen akan melakukan operasi di Seksyen 6 Kota Damansara, Kampung Baru Sungai Buloh dan Pekan Subang pada tahun 2025?
48) SELANGOR KERJAYA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bilangan penempatan kerja yang ingin dicapai Selangor Kerjaya bagi 2021.
-
Nyatakan bilangan pekerja yang berjaya ditempatkan setakat ini.
-
Adakah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi di atas? Jika tidak, nyatakan langkah-langkah penambahbaikan.
48) BATIK SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini dan perancangan seterusnya untuk "Batik Selangor"? Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh membantu usahawan batik di Selangor?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan industri batik diceburi anak muda, serta proses penghasilan batik menjadi lebih lestari alam?
48) SURIMAH TANGGA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah suri rumah tangga mengikut pecahan daerah dan kaum bagi tahun 2008-2014?
-
Apakah polisi dan skim Kerajaan Negeri Selangor untuk golongan suri rumahtangga?
48) HAK MILIK STRATA FLAT FASA 2 DAN FASA 4 BANDAR BARU SUNGAI BULOH
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah hak milik strata yang masih tertangguh di kawasan ini?
-
Adakah perlu sebarang Pindaan Peraturan atau Enakmen dilakukan bagi memudah cara hak milik bagi kes yang pembinaan yang telah berlaku sebelum peraturan baru dikuatkuasakan?