48) PEMILIKAN TANAH
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramai yang sudah menerima geran tanah sejak 2005 mengikut tahun dan daerah?
48) BIASISWA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jenis-jenis program biasiswa yang kini terdapat di bawah Kerajaan Negeri Selangor secara terperinci dan bilakah tarikh permohonan untuk biasiswa-biasiswa tersebut?
48) PEMBERIAN SIJIL TAULIAH BERCERAMAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah sijil tauliah untuk berceramah di Selangor pada tahun 2015?
-
Berapakah jumlah pembatalan sijil tauliah untuk berceramah di Selangor pada tahun 2015 dan apakah sebab pembatalan tersebut?
48) PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Selangor berhasrat untuk menjadi antara hab pendidikan terpenting Negara. Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang UNISEL dan KUIS untuk memastikan hasrat ini tercapai?
-
Adakah sektor ini menerima pelaburan dan pihak-pihak berminat dan berapakah nilainya setakat ini?
-
Adakah institusi pengajian tinggi milik negeri berkembang selaras dengan perkembangan pesat bidang ini?
48) PEMBERHENTIAN PEKERJAAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang memberhentikan pekerja akibat wabak Covid-19.
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah pemberhentian pekerja?
48) PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TADAHAN AIR DI HUTAN SIMPAN BUKIT CHERAKAH
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk melindungi hidupan/habitat asal hidupan liar di Hutan ini?
-
Apakah jaminan kerajaan pembangunan di hutan ini tidak menganggu sistem tadahan air untuk kawasan sekitar hutan ini?
48) AGENDA SOSIOEKONOMI BUMIPUTERA PKNS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan strategi dan inisiatif PKNS kepada bumiputera selepas perubahan kepimpinan yang baharu?
-
Apakah pencapaian PKNS pada tahun 2014 dalam membantu golongan bumiputera?
48) BANDAR BARU BANGI TETAP KOTOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Walaupun ada kempen kebersihan dan wujudnya zon bersih, masyarakat masih mengecop Bandar Baru Bangi tetap kotor. Adakah perkhidmatan kebersihan tidak begitu terancang?
-
Apakah kempen terbaru MPKj bagi meningkatkan kesedaran sivik masyarakat tentang kebersihan?
-
Tidakkah wajar diadakan pertandingan kebersihan antara Taman-taman di MPKj dari masa ke masa?
48) RUMAH TERBIAR DAN TIDAK BERPENGHUNI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Rumah terbiar ("abandoned houses") adalah isu berbangkit bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tanggungjawab PBT terhad kepada pembersihan dan pemotongan rumput yang berkala. Berapakah bilangan rumah terbiar yang dilaporkan oleh semua PBT Selangor?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu ini?
48) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah garis panduan yang ada bagi memilih tapak bagi pembinaan Rumah Ibadat untuk Bukan Islam? Nyatakan prosedur permohonan
-
Bagaimanakah pemantauan dibuat bagi memastikan pembinaan rumah ibadat tersebut tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan