47) MARRIS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menetapkan kaedah penurapan jalan untuk Marris mesti menggunakan kaedah 'mill and pave'?
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat memohon lebih banyak peruntukan Marris untuk DUN daripada Kerajaan Persekutuan memandangkan kos projek semakin tinggi?
47) PEMERIKSAAN MAMMOGRAM PERCUMA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status program Pemeriksaan Mammogram Percuma untuk wanita di negeri Selangor dari segi bilangan yang sudah membuat pemeriksaan mengikut DUN?
-
Apakah program lain yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi memberi kesedaran tentang pencegahan penyakit barah payudara di Selangor?
47) KEBAJIKAN PEKERJA LADANG
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah bagi membantu pekerja-pekerja ladang menambah pendapatan di samping kerja-kerja di ladang?
-
Apakah langkah-langkah untuk membantu kaum wanita atau para isteri pekerja ladang yang ingin mempunyai pendapatan tambahan?
-
Jika berlaku kemalangan atau kematian ketua keluarga, apakah perlindungan dan bantuan untuk mereka menampung diri dan anak-anak?
47) DENGGI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menghapuskan tempat pembiakan denggi yang mungkin ada di rumah atau bangunan terbiar?
47) PERMINTAAN DATA DUN BANDAR UTAMA (MELALUI PJ SMART CENTRE DAN LAIN-LAIN)
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan data bagi DUN Bandar Utama (Sekiranya mengikut zon MBPJ, termasuk sebahagian Zon 2 kawasan Kampung Kayu Ara dan Bandar Utama sahaja, sebahagian Zon 4 kawasan PJU 3 sahaja, Zon 5, Zon 6, Zon 7 dan sebahagian Zon 9) seperti berikut :- 1. Jumlah keseluruhan keluasan kawasan DUN Bandar Utama (mengikut zon dan keseluruhan)
2. Jumlah populasi penduduk di bawah DUN Bandar Utama (mengikut zon dan keseluruhan)
3. Jumlah Dewan dan Balairaya di bawah DUN Bandar Utama (mengikut zon dan keseluruhan)
4. Jumlah Padang dan taman permainan bawah DUN Bandar Utama (mengikut zon dan keseluruhan)
5. Jumlah Rumah Agama termasuk Masjid, Kuil, Gereja dan lain-lain yang berdaftar bawah DUN Bandar Utama (mengikut zon dan keseluruhan)
6. Jumlah senarai NGO dan Persatuan yang berdaftar bawah DUN Bandar Utama (mengikut zon dan keseluruhan)
47) TANAH MPK YANG BELUM DIBANGUNKAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan tanah yang dipunyai oleh MPK yang belum dibangunkan?
-
Senaraikan tempat-tempat lokasi tanah berkenaan.?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan tanah tersebut tidak dibangunkan?
47) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meluaskan rangkaian perkhidmatan di kawasan Pelabuhan Klang dan sekitarnya?
-
Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui MPK bagi memastikan perkhidmatan bas tersebut beroperasi di kawasan Pelabuhan Klang khususnya PandamaranJaya, Telok Gong dan Pulau Indah?
47) STATUS TANAH PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan tanah yang telah diberikan status PKPS di negeri Selangor sehingga tahun 2012?
-
Sila nyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk memajukan tanah-tanah berstatus PKPS.
-
Apakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk mengurniakan tanahtanah berstatus PKPS kepada pengusaha-pengusaha di Dusun Tua?
47) PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Selepas PRU ke 14, berapakah program IPR baru yang diperkenalkan?
-
Berapakah tambahan bajet untuk program IPR dibandingkan dengan bajet sebelum PRU 14?
-
Berapakah jumlah penggunaan wang yang telah dibelanjakan dalam programprogram IPR dari tahun 2017 - 2019?
47) NYAMUK AEDES & KESIHATAN AWAM
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?