45) PENJUALAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah tanah milik kerajaan negeri Selangor yang telah dijual kepada anak-anak syarikat (GLC) daripada tahun 1999.
-
Berapakah harga tanah tersebut dijual kepada GLCs
45) PAPAN IKLAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Operator-operator papan iklan sedang bertanya, bila satu dasar untuk seluruh negeri yang adil akan dilaksanakan?
-
Bilakah dasar baru ini akan diberitahu kepada pemain industri dan dikenakan? Sila nyatakan tarikh yang tetap.
-
Apakah garis panduan / proses-proses terperinci, yang diamalkan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk mengawal (regulate) industri papan iklan di Negeri Selangor terutamanya di bawah kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya?
45) BANTUAN KASIH IBU SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah pemutihan untuk penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor?
-
Adakah penggunaan sistem E-Kasih masih berjalan?
45) TEMPAT LETAK KENDERAAN BERAT KOTA DAMANSARA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Kenderaan berat sewenang-wenangnya di parkir yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Apakah tindakan susulan ke atas mereka yang dikenakan kompaun tetapi masih melakukan kesalahan yang sama?
-
Berapa kerapkah rondaan dan pemantauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa?
45) ALAM SEKITAR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini usaha pemuliharaan Sungai Klang menerusi Projek Selangor Maritime Gateway (SMG)?
-
Apakah tahap kualiti air Sungai Klang semenjak tahun 2017 sehingga 2022?
45) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk meningkatkan mobilisasi Bas Smart Selangor dan jajaran laluan baharu?
45) JUMLAH TANGKAPAN JAIS
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tangkapan khalwat yang dicatatkan sepanjang tahun 2011?
-
Berapakah jumlah pendakwaan yang dibawa ke mahkamah?
-
Apakah program yang dilaksanakan bagi mengawal masalah ini?
45) GERAN TANAH UNTUK PENDUDUK KAWASAN SETINGGAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
-
Proses menyiasat,mengumpul data, kelulusan untuk tanah dan mengeluarkan geran mengambil masa yang agak lama di Pejabat Tanah Daerah. Pengukuran tanah dan cadangan untuk mendapatkan geran bagi beberapa kawasan di Daerah Kuala Selangor telah dibiayai oleh Bukit Melawati sejak setahun yang lalu. Kami berharap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan melaksanakan perkara ini pada tahun ke 4 pemerintahannya. Tolong berikan jangka masa bila perkara ini akan diselesaikan ? Ini akan memberikan dorongan kepada kami untuk meneruskan dan mengemukakan lebih banyak cadangan bagi kawasan-kawasan lain.
45) PERLESENAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Sepanjang P.R memerintah, berapakah jumlah rumah urut baru, pusat hiburan dan Hotel Budget yang telah diberi lesen. Huraikan mengikut PBT
45) RANCANGAN PEMBANGUNAN DAERAH SABAK BERNAM
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah pelan perancangan pembangunan yang bakal dilaksanakan di daerah Sabak Bernam bagi tempoh 5 tahun akan datang?
-
Sila nyatakan dengan detail apakah usaha-usaha yang dirangka oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menarik lebih banyak pelabur asing dan domestik datang melabur ke daerah Sabak Bernam.
-
Selain sektor pertanian dan perikanan, apakah sektor yang berpotensi untuk dimajukan di daerah Sabak Bernam?