45) PENURUNAN KADAR CUKAI PINTU FLAT KOS RENDAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan flat-flat kos rendah yang telah mendapat penurunan kadar cukai pintu sebanyak 25% mengikut pecahan PBT dan bilakah tarikh berkuat kuasa dasar ini?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah nilai dan pintu rumah yang mendapat manfaat di bawah penurunan kadar cukai pintu mengikut pecahan flat dan pecahan PBT.

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kekurangan ruang rekreasi dan sosial seperti dewan komuniti, perpustakaan dan sebagainya di kawasan Flat Kos Rendah dengan kepadatan penduduk yang tinggi?

    Klik jawapan »

45) PEKERJAAN BARU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah pekerjaan baru yang telah berjaya diisi menerusi program-program Kerajaan Negeri oleh pekerja-pekerja yang telah diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi sepanjang 2 tahun yang lepas?

45) SOSIAL DAN KEBAJIKAN RAKYAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis


  1. Saya ingin merasakan ghairah bahawa manifesto Kerajaan untuk memberikan RM1,OOO.OO kepada anak Selangor yang memasuki IPTA dan IPTS. Adakah ini masih akan dikotai atau sewajar taktik tipu rakyat sedangkan keputusan SPTM telah diumumkan dan anak-anak ini kini dalam proses memasuki universiti. Berapakah permohonan telah diterima? Dan jumlah bayaran yang telah dibuat? Ataupun masih belum dilaksanakan

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana pula dengan bantuan RM75.00 untuk anak yang dihantar ke nurseri dan bantuan RM50.00 untuk merekayang menerima pendidikan pra-sekolah

    Klik jawapan »

  3. Caruman takaful sebanyak RM2,500.00 untuk warga emas, OKU dan anak yatim. Bilakah ia akan mula diedarkan?

    Klik jawapan »

45) KUALITI UDARA DI KAWASAN PERINDUSTRIAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperbaiki kualiti udara di kawasan Perindustrian khususnya di Telok Gong?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah pemantauan kualiti udara dijalankan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang diambil terhadap kilang yang mencemarkan udara?

    Klik jawapan »

45) PROGRAM SPIES DAN GALAKAN MEMBACA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis


  1. Dalam usaha meningkatkan keberkesanan Program SPIES dan Galakan Membaca, adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk mengadakan kemudahan-kemudahan tertentu di rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, gereja dan kuil-kuil memandangkan di situ tempat tumpuan masyarakat.

    Klik jawapan »

  2. Jika ada, sila nyatakan perancangan serta kemudahan-kemudahan yang akan disediakan.

    Klik jawapan »

45) KOTA DAMANSARA COMMUNITY FOREST ( KDCF)

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha yang telah di lakukan untuk mempromosi KDCF?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha yang akan di lakukan untuk mempromosi KDCF?

    Klik jawapan »

45) BANTUAN BENCANA KEBAKARAN DAN BANJIR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis


  1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan sumbangan bencana kebakaran kepada mangsa?

    Klik jawapan »

45) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR SIHAT (PEDULI SIHAT)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan had siling bayaran rawatan bagi pengguna Kad Peduli Sihat?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah penerima Kad Peduli Sihat yang aktif tetapi tidak menggunakan kad tersebut mengikut DUN?

    Klik jawapan »

45) GERAKAN RANGKAIAN SOSIAL FACEBOOK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti kekuatan dan potensi di segi penerangan yang mampu dijana melalui Facebook yang kini dikendalikan secara individu oleh ADUN di semua DUN seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mensinergikan rangkaian Facebook ini sebagai satu gerakan rangkaian sosial bersepadu?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk mewujudkan seorang pegawai penerangan bagi mengemas kini Facebook ini melalui pusat-pusat khidmat ADUN?

    Klik jawapan »

45) PERUNTUKAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah dan bentuk bantuan yang disalurkan kepada Negeri Selangor bagi tahun 2007-2015.

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik lebih banyak pelaburan?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan jumlah dan jenis peruntukan yang disalurkan oleh MIDA Selangor kepada Majlis Perbandaran Selayang bagi tahun 2013-2015

    Klik jawapan »