1) PEMBANGUNAN EKONOMI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri merancang untuk meningkatkan pembangunan ekonomi di Selangor pada tahun 2024?
-
Apakah sektor utama yang menjadi fokus utama pembangunan ekonomi negeri?
-
Apakah insentif yang disediakan untuk menarik pelaburan asing ke Selangor?
1) KEGANASAN RUMAHTANGGA SEMASA PKP
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Berapa kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan di Negeri Selangor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?
-
Apa bantuan dan sokongan telah diberi kepada mangsa-mangsa oleh Kerajaan Negeri?
-
Apa yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengelak kes keganasan rumah tangga berulang lagi?
1) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan prestasi kewangan terkini Negeri Selangor dari segi jumlah dalam Akaun Bersatu (Consolidated Fund) dan dalam simpanan
-
Sila senaraikan tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan prestasi Kewangan Negeri
1) PENGURUSAN AIR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah dan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pencemaran air?
-
Apakah mekanisme yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kekerapan gangguan bekalan air?
-
Berapakah bilangan loji air yang terdapat di Negeri Selangor? Sila perincikan mengikut DUN.
1) PELABURAN HIJAU DAN HI-TECH DI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah pelaburan yang diterima oleh Kerajan Negeri sejak 2020 sehingga sekarang.
-
Apa jenis sektor dan industri yang menjadi fokus untuk pelabur?
-
Apa rancangan masa depan untuk Kerajaan Negeri untuk mendapat pelaburan hijau dan teknologi tinggi?
1) PEMBALAKAN HARAM
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan kes pembalakan tanpa kebenaran di hutan simpanan dalam tahun 2010?
-
Apakah usaha kerajaan dan kekurangannya dalam pencegahan pembalakan tanpa kebenaran?
-
Apakah status atau kemajuan dalam perlaksanaan pembalakan secara sistem pengurusan selektif(selectial management system) di Selangor?
1) RUMAH MAMPU MILIK SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan perkembangan terkini pembinaan RMM Selangorku.
-
Sila nyatakan apakah kekangan dan cabaran yang dihadapi.
-
Sila kemukakan perbandingan harga dan proses pembinaan Rumah Selangorku dengan RMM PRIMA di Negeri Selangor.
1) PUSAT SANTUARI KELIP-KELIP KG KUANTAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
-
Adakah terdapat kajian baharu bagi kelangsungan hidup habitat kelip-kelip di Kg Kuantan? Sila huraikan kajian dan dapatan tersebut.
-
Berapakah jumlah pelaburan bagi pemuliharaan serta konservasi habitat kelip-kelip dan pelancongan bagi menggalakkan kedatangan pelancong?
1) KUARI DALAM HUTAN SIMPAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua kuari dalam hutan simpan yang masih aktif di Selangor.
-
Berapa jumlah pendapatan daripada kuari-kuari yang diterima oleh Negeri Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sejak 2008?
1) PEMBANGUNAN TANAH REZAB MELAYU (TRM)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah keluasan TRM Negeri Selangor mengikut pecahan daerah.
-
Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan TRM yang strategik demi meningkatkan tahap ekonomi orang Melayu?
-
Sila senaraikan projek pembangunan TRM oleh GLC sejak 5 tahun yang lalu.