44) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah dan unit projek perumahan terbengkalai yang belum mempunyai kontraktor atau pemaju penyelamat di Selangor mengikut daerah.
-
Nyatakan tindakan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai terhadap projek terbengkalai tersebut.
44) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan Projek Pembersihan Sungai Klang dan bilakah projek ini akan dimulakan?
-
Jawatankuasa manakah yang bertanggungjawab untuk memantau perkembangan Projek Pembersihan Sungai Klang dan siapakah yang menganggotai jawatankuasa tersebut.
44) TANAH WAKAF
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah tanah-tanah wakaf yang didaftarkan di negeri Selangor?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri dalam menangani tanah-tanah wakaf yang masih belum didaftarkan?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri dalam mengendalikan tanah-tanah wakaf supaya ianya lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam terutamanya dalam keadaan kegawatan ekonomi masa ini?
44) MASALAH PENCAHAYAAN DI JALAN JKR DI DUN SENTOSA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Masalah kecurian cable yang tiada penghujung. Apakah langkah bagi mengatasi masalah ini?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meluaskan penggunaan lampu solar?
44) ALAM SEKITAR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada perancangan dari pihak Kerajaan Negeri bersama pihak PBT untuk selesaikan masalah air tasik bandaran di SS 7 Kelana Jaya yang berbau dan kotor?
44) TINDAKAN MAHKAMAH KEPADA SYARIKAT YANG MENCEMAR SUNGAI SEMENYIH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah status tindakan mahkamah terhadap syarikat-syarikat atau individu yang didapati mencemar Sungai Semenyih yang telah menyebabkan kekerapan gangguan air pada tahun 2015?
-
Nyatakan agensi berkaitan yang bertanggungjawab melakukan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pencemaran di sungai-sungai dan sejauh mana ia dilaksanakan.
44) ISU TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan Tanah Rizab Melayu terjaga dan hanya dimiliki oleh Bangsa Melayu?
-
Berapakah jumlah Tanah Rizab Melayu yang masih ada di Daerah Hulu Selangor mengikut Kawasan Batang Kali, Kuala Kubu Bharu dan Ulu Bernam?
44) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima manfaat daripada Program SMUE mulai Jun 2018 sehingga Februari 2019?
-
Nyatakan statistik penerima mengikut DUN.
44) JOM SHOPPING
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah program Jom Shopping di berhentikan dengan secara tiba-tiba ?
-
Sila senaraikan PKM yang bermasalah yang menjadi faktor utama kepada penangguhan program Jom Shopping dan apakah bentuk permasalahan yang di timbulkan ?
44) PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai eksport produk-produk dari Selangor ke peringkat antarabangsa pada tahun 2014?
-
Nyatakan jenis-jenis produk dan kawasan industri penyumbang utama perdagangan antarabangsa Selangor pada tahun 2014