44) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional Kerajaan menghapuskan Skim SMUE?
-
Berapa ramai peserta yang telah mendaftar dalam Skim SMUE dan berapa ramai yang telah mendapat manfaat sejak ia diperkenalkan?
-
Berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang telah dikeluarkan sejak SMUE mula diperkenalkan?
44) JKR HULU SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini perancangan penyelesaian jangka pendek yang dicadangkan pada tahun 2016 untuk Jalan Negeri B54 di persimpangan Jalan Pahang - Jalan Ampang Pecah (depan Bangunan MDHS) yang menghadapi kesesakan lalulintas waktu puncak
-
Apakah tindakan selanjutnya JKR Hulu Selangor memandangkan kerja-kerja tebatan banjir di Jalan Negeri B113 kawasan Batang Kali tidak dapat menyelesaikan masalah banjir kilat?
44) SKIM PANGSAPURI KOS RENDAH YANG TERKINI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua inisiatif/SKIM yang masih dilaksanakan dan boleh dimohon melalui Kerajaan Negeri Selangor/Persekutuan berkaitan dengan Pangsapuri Kos Rendah.
44) KELANGSUNGAN EKONOMI ANAK MUDA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha ataupun rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu anak-anak muda Selangor bagi menangani isu kelangsungan (survival) ekonomi anak muda ?
44) BAIKPULIH HAY RESORT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana tindakan Kerajaan Negeri berkenaan baik pulih Hay Resort Sabak Bernam?
44) GERAN TANAH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sehingga kini, berapakah geran tanah yang telah diberi di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor?
-
Apakah kriteria-kriteria untuk mendapat geran tanah?
44) EKONOMI IKS DAN PENJAJA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Adakah perancangan Kerajaan Negeri memberi bantuan tambahan bagi membantu ekonomi IKS terutamanya penjaja mendepani ramalan cuaca kerap hujan sekitar November 2022 hingga Mac 2023?
-
Adakah sedikit kelonggaran akan diberikan Hijrah Selangor dalam meringankan beban peminjam dalam situasi tersebut nanti?
44) PROJEK TERBENGKALAI – UNTUK 278 KELUARGA OLEH ECL MANAGEMENT SDN BHD
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk mempercepatkan projek Lot HS(D) 110193 PT No. 35194 Jalan U5/138 Shah Alam?
44) PERUNTUKAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA SWASTA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah agihan peruntukan pendidikan bagi sekolah-sekolah agama swasta diselaraskan dan berdasarkan apa?
44) RANGKA KERJA BANDAR RENDAH KARBON (LCCF)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan PBT yang berjaya mendapat pengiktirafan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) di Selangor.
-
Nyatakan kaedah-kaedah pengurangan karbon yang diwujudkan oleh PBT di Selangor dan keberkesanannya.