44) PROJEK MARRIS YANG AKAN DILAKSANAKAN UNTUK TAHUN 2021 DUN KOTA DAMANSARA (N39)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Kawasan MBSA (U3,U4,U5,U6).
-
Kawasan MBPJ (Zon 3, Zon 4).
-
Senarai projek yang sedang dalam tahun 2020.
44) RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Berapakah projek perumahan terbengkalai yang terdapat di kawasan DUN Sentosa sehingga tahun 2023?
-
Senaraikan nama pemaju yang membina projek perumahan yang terbengkalai di DUN Sentosa.
44) TANAH RIZAB RUMAH-RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Kerajaan telah menetapkan untuk tidak memberi hakmilik tanah kepada rumahrumah ibadat selain Islam sejak 2008. Sebaliknya, kerajaan akan membuat perwartaan tanah (gazzette) terhadap sesuatu tanah itu sebagai tanah rizab rumah ibadat selain Islam. Berapa banyak tanah yang telah diwartakan di bawah dasar ini bermula tahun 2008 sehingga sekarang?
-
Terdapat ura-ura bahawa tanah yang diwartakan ini akan dinyahwarta (degazzette) dan kerajaan akan merampas tanah ini. Apakah proses dan prosedur untuk penyahwartaan?
44) STATUS PERMOHONAN TANAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Bertulis
-
Apakah status permohonan untuk mendapatkan geran peneroka tanah di Kampung Seri Tanjung, Dengkil.
44) SKIM BANTUAN TADIKA (SI TUNAS)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah penerima yang dapat menikmati subsidi Skim Bantuan Tadika (SI TUNAS) mengikut pecahan PBT bagi tahun 2010-2014.
-
Senaraikan jumlah penerima yang dapat menikmati subsidi Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SI TUNAS) untuk DUN Rawang bagi tahun 2010-2014.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menjamin kualiti yang baik untuk perkhidmatan tadika dalam Negeri Selangor?
44) MENINGKATKAN PURATA PENDAPATAN ANAK MUDA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Selangor untuk menambahbaik keadaan ekonomi anak muda termasuk meningkatkan purata pendapatan mereka?
-
Sejauh manakah keberkesanan usaha-usaha tersebut?
44) KAKITANGAN AWAM
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan kakitangan Kerajaan Negeri Selangor mengikut pangkat, kaum dan umur secara terperinci?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menggalakkan pengambilan lebih kakitangan bukan Bumiputera untuk bekerja di sektor awam di Negeri Selangor?
44) NGO-NGO DI KOTA DAMANSARA N39 YANG MENERIMA SUMBANGAN DARI KERAJAAN NEGERI DAN AGENSIAGENSI,ANAK SYARIKAT (MBI DAN LAIN-LAIN)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah nama penuh NGO-NGO dan alamat yang telah menerima sumbangan tersebut?
-
Siapakah jawatankuasa dan nombor telefon (untuk rujukan) yang yang mengurus NGO tersebut?
-
Untuk apakah sumbangan tersebut diberikan?
44) PBT (CUKAI TAKSIRAN)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Bilakah cukai taksiran akan diturunkan sebagaimana disebut-sebut oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu 20% untuk rumah kediaman dan 10% untuk bangunan komersial?
44) SEKOLAH TAHFIZ BARU
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Sekolah Tahfiz yang didaftarkan di bawah JAIS sejak PR Memerintah dan apakah langkah untuk memperkasakan sekolah tahfiz berkenaan