43) MODAL INSAN DI KALANGAN BELIA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan perancangan-perancangan yang telah diambil untuk meningkatkan bilangan modal insan yang berkemahiran dan berpendidikan di kalangan belia di Negeri Selangor.
-
Sila nyatakan sejauh manakah keberkesanan dan tindakan susulan program pembangunan modal insan melalui aktiviti-aktiviti SPIES.
43) HAL EHWAL HINDU DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menubuhkan satu penubuhan yang setaraf dengan Lembaga Wakaf Hindu Selangor (Selangor Hindu Endowment Board)? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Nyatakan peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam Kerajaan Negeri yang telah disalurkan kepada kuil-kuil di Selangor mengikut tahun sejak tahun 2008
43) BANTUAN BLUEPRINT
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Mengapa mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan jawapan dan kelulusan sedangkan permohonan telah dibuat melalui Pejabat Daerah?
43) JAMBATAN KETIGA KLANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status perkembangan terkini pembinaan Jambatan Ketiga Klang?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk memulihkan sebahagian kos pembinaan jambatan yang disebabkan oleh pengambilan tanah swasta dengan memohon bayaran balik daripada Kerajaan Persekutuan?
43) HASIL DAN PULANGAN DARIPADA PASIR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memohon kerajaan memberi maklumat terkini tentang semua hasil dan pulangan berkenaan dengan perlombongan pasir dan pasir laut termasuk hasil dalam bentuk royalti dan premium yang dikutip oleh pejabat tanah dan keuntungan KSSB serta dividen yang dibayar kepada kerajaan oleh KSSB.
43) PEMBINAAN MASJID BARU
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Adakah peruntukan disediakan oleh PBN untuk membina masjid baru di Semenyih bagi menampung jemaah yang kian ramai termasuk di Semenyih
43) KEBAJIKAN PENUNTUT ANAK SELANGOR DI LUAR NEGARA DALAM ERA COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri terbabit menangani permasalah pelajar IPT anak Selangor samada di dalam atau luar negara yang terjejas disebabkan penularan wabak Covid-19?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil jika benar Kerajaan Negeri ada terbabit?
-
Berapakah kos yang dibelanjakan bagi urusan tersebut?
43) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DI DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan lokasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Daerah Kuala Langat. Berapakah sumbangan cukai pintu dan cukai tanah kepada Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 hingga kini
-
Apakah infrastruktur asas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pengusaha IKS di Daerah Kuala Langat
-
Anggara berapakah peluang pekerjaan disediakan dalam IKS di Daerah Kuala Langat
43) STATUS TERKINI PROSES PEMUTIHANAN KILANG HARAM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini proses pemutihan kilang haram?
43) SEKOLAH KURANG MURID RAMAI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap keperluan sekolah di Bandar Puncak Alam yang tidak mencukupi?