43) PELABURAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
-
Tapak Industri Kecil dan sederhana telah disediakan di beberapa tempat tertentu bagi memberi kemudahan kepada pelabur dalam negara dan luar negara untuk melabur. Berapakah nilai pelaburan baru sejak 2009 dan 2010 yang berjaya dibawa oleh Kerajaan Negeri khususnya pelabur yang melabur di tapak industri luar bandar, seperti Tapak Industri Zurah, Rasa dan Bukit Beruntung
-
Sejak tahun 2009 hingga 2010 berapakah peluang pekerjaan yang telah diwujudkan dengan penarikan pelabur asing dan tempatan di Selangor
43) KESIHATAN
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Mengapakah pusat dialisis hanya di wujudkan di lima (5) kawasan DUN sahaja , apakah rasional mewujudkan di lima kawasan DUN ini?
-
Serapakah kos penyelenggaraan bulanan sebuah pusat dialisis seperti ini dan adakah ia berfungsi seperti yang di rancangkan.?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah kemudahan ini di DUN yang belum diwujudkan pusat dialisis seperti ini.
43) MANIFESTO ANAK PRA-SEKOLAH
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah status perlaksanaan manifesto tersebut?
-
Berapakah jumlah pra-sekolah milik kerajaan, politik, agensi dan swasta berdaftar atau tidak berdaftar yang beroperasi di Negeri Selangor?
-
Berapakah bilangan anak yang menduduki pra-sekolah 2012 ?
43) MISKIN BANDAR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Kajian oleh UNICEF baru-baru ini telah mendapati kanak-kanak di kawasan bandar yang berpendapatan rendah mengalami tumbesaran yang terbantut. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor terhadap laporan ini?
43) KAWALAN OPERASI RUMAH URUT DAN JUDI HARAM
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Berapakah premis Judi Haram dan Rumah Urut Haram yang ditutup pada tahun 2009 hingga kini oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri yang lebih efektif untuk mengawal kegiatan Judi haram dan Rumah Urut?
43) HASIL KUTIPAN CUKAI TANAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah kutipan cukai tanah Negeri Selangor bagi tahun 2008-2012 mengikut pecahan daerah?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah tunggakan cukai tanah yang gagal dikutip bagi tahun 2008-2012 mengikut pecahan daerah?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menambah hasil kutipan cukai tanah semasa dan mengurangkan tunggakan cukai tanah?
43) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR UNTUK KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU DAN KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai peruntukan khusus untuk pembangunan infrastruktur?
-
Berapakah jumlah yang dicadangkan supaya kampung-kampung tradisi mempunyai taraf infrastruktur yang terbaik?
-
Apakah usaha kerajaan untuk tegak dan selari kan tiang elektrik di kebanyakan kampung tradisi terutama di jalan utama.
43) ASET-ASET NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Aset-Aset Negeri dari tahun 2010 hingga 2016
-
Nyatakan nilai aset-aset yang telah dijual dan berapakah harga jualan serta keuntungan diperoleh?
43) PROGRAM PENSWASTAAN ANTARA PBT DAN PIHAK SWASTA, MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT ( MDKL) DAN EHSAN ISTIMEWA SDN BHD.
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan tanah yang diperoleh oleh Syarikat Ehsan Istimewa Sdn Bhd dari pihak Majlis Daerah Kuala Langat ? Berapakah nilai semasa pegangan hartanah tersebut ?
-
Apakah pulangan yang diperoleh oleh pihak Majlis Daerah Kuala Langat melalui Program Penswastaan tersebut?
-
Terdapat kawasan tanah- tanah yang masih belum dimajukan oleh pihak Ehsan Istimewa Sdn Bhd. Morib mengusulkan tanah-tanah tersebut diserah semula kepada Pihak Berkuasa Tempatan (MDKL) bagi pembangunan dan kemudahan awam yang lebih utama untuk masyarakat setempat seperti Perhentian Teksi Pekan Banting, premis-premis peniaga kecil dan kawasan lapang serta kemudahan awam yang lain.
43) UNISEL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos pembaikan ketika kerosakan beberapa tahun dahulu sehingga menyebabkan pelajar terpaksa berpindah ke Kota Puteri?
-
Adakah kos tersebut di atas ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri atau ianya dibebankan keapda UNISEL ?
-
Untuk penyelengaraan dengan baik dan cekap, tidakkah Kerajaan Negeri perlu memberi pembiayaan tahunan "CAPEX" dan "APEX"?