43) STATUS TERKINI PROJEK MENAIKTARAF BUMBUNG RUMAH FLAT TAMAN KEM MUKIM TELOK GADONG DAERAH KLANG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek baikpulih rumah pangsa yang diumumkan oleh Kerajaan BN sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 di dalam kawasan Pelabuhan Klang terutamanya di Rumah Pangsa Taman Kem Pelabuhan Klang, Pangsapuri Taman Teluk Gedung Indah & Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya?
43) RUMAH MAMPU MILIK DI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rumah mampu milik yang telah siap dibina dan diserah kepada LPHS sejak 2018? Sila senaraikan mengikut daerah dan tahun.
-
Berapakah jumlah rumah mampu milik telah diperuntukan untuk penjawat awam dan termasuk yang bekerja di pusat khidmat DUN?
43) KEMUDAHAN WIFI PERCUMA DI HULU SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tempat-tempat yang telah dipasang wifi percuma oleh Kerajaan Negeri di Hulu Selangor secara terperinci mengikut kawasan DUN.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memasang wifi percuma di Lembah Beringin memandangkan penduduknya semakin bertambah? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
43) NAIK TARAF PADANG PERMAINAN KEM AMPANG PECAH
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah benar harga tawaran projek tersebut bernilai RM234,191.83?
-
Berapakah nilai sebenar projek?
-
Sila kemukakan butiran projek tersebut.
43) KESELAMATAN SIBER DAN PENIPUAN DALAM TALIAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif yang diambil untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber di kalangan penduduk Selangor?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk membanteras penipuan dalam talian yang semakin berleluasa?
-
Berapakah jumlah kerugian dan kes jenayah melibatkan penipuan dalam talian di Selangor?
43) LAMBAKAN KERETA BURUK
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Di bawah cable voltan tinggi di tepi jalan masuk dari tol Bangi di Jalan 6 berhadapan seksyen 15 Bandar Baru Bangi dilongok beratus-ratus kereta buruk yang mencacatkan pandangan. Hal ini telah diadukan kepada MPKj dan Pejabat Daerah Hulu Langat. Pihak manakah yang melambakkan kereta-kereta buruk berkenaan?
-
Adakah sebarang keizinan diberi bagi penggunaan tempat lambakan berkenaan?
-
Apakah langkah-langkah yang patut diambil bagi mengeluarkan kereta-kereta buruk berkenaan?
43) BINATANG LIAR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Masalah haiwan seperti monyet, anjing liar telah dibangkitkan banyak kali. Kerosakan tanaman-tanaman dan pencerobohan rumah-rumah amat ketara dan meningkat. Usaha-usaha yang digunakan tidak memberi kesan. Apakah kaedah-kaedah atau perancangan moden yg telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
43) DEWAN SERBAGUNA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Dewan serba guna secara sempurna masih belum ada lagi di Bandar Baru Bangi. Adakah cadangan dari PKNS akan membina Kompleks Dewan Serbaguna tersebut
-
Bagaimanakah konsep serbaguna yang dicadangkan ini?
-
Berapakah anggaran peruntukan yang diperlukan.
43) PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN DI BAWAH UNIT IMPLEMENTASI DAN KORDINASI (ICU)
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan yang masih dipermainkan oleh Unit Implementasi dan Kordinasi (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri yang pada dahulunya dipertanggungjawab untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang dibiayai Kerajaan Persekutuan di Negeri Selangor?
43) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Yayasan Selangor bercadang membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi menggantikan tapak asrama Kampung Pandan. Apakah perancangan Yayasan Selangor terhadap cadangan tersebut ?
-
Bilakah perlaksanaan projek gantian SBP tersebut akan dilakukan ?
-
Apakah prosedur dan proses untuk menubuhkan sebuah SBP?