42) PEKERJA LADANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah KPI program kerajaan dalam usaha membantu nasib pekerja ladang?
-
Berapa ramaikah pekerja ladang yang telah mendapat bantuan kerajaan mengikut daerah dan apakah bentuk bantuan yang diberikan?
42) TENDER PROJEK MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT (MDKL) DARI TAHUN 2013 HINGGA BULAN JULAI 2015
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan nama syarikat yang berjaya memperolehi tender projek MDKL dari Tahun 2013 hingga bulan Julai 2015.
-
Sila asingkan mengikut DUN Sijangkang, Morib, Telok Datok dan Tanjong Sepat
-
Sila nyatakan jumlah kos yang berjaya memperolehi tender setiap projek.
42) PUSAT KEBUDAYAAN CINA DAN INDIA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuka Pusat Kebudayaan Cina dan India, walaupun terdapat banyak permintaan daripada orang ramai?
-
Sekiranya Pusat Kebudayaan ini dibuka kelak, apakah masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor pada masa hadapan?
-
Dimanakah lokasi-lokasi sebenar Pusat Kebudayaan Cina dan India ini dijangka akan dibuka kelak?
42) JAWATAN KONTRAK DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (SUK)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pegawai kontrak di pejabat SUK dan senaraikan mengikut jawatannya?
-
Apakah kerajaan negeri berhasrat memberikan jawatan tetap kepada penjawat kontrak tersebut?
42) ISU PEMBERIMILIKAN TANAH FELCRA MUKIM SERENDAH, HULU SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kronologi pemberimilikan tanah seluas 172 ekar yang asalnya FELCRA di Lot 1941 Mukim Serendah, Hulu Selangor sehingga kini
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri yang boleh ambil memandangkan 93 peserta FELCRA yang berusaha di Lot 1941 Mukim Serendah, Hulu Selangor dari tahun 1988 hingga 1995 belum mendapat bayaran penuh mengikut satu persetujuan yang dikehendaki oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Kertas Bil 5/97)?
42) BILANGAN AKTIVIS POLITIK YANG MASIH MEMEGANG TAULIAH MENGAJAR AGAMA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah aktivis politik yang masih memegang tauliah mengajar agama Islam?
-
Apakah organisasi-organisasi politik yang mereka masih bergiat aktif lagi di dalamnya?
-
Apakah jika mereka ahli biasa bukan berjawatan di dalam organisasi politik dikekalkan memiliki tauliah tersebut atau sebaliknya?
42) PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Bas Smart yang diperuntukan untuk di seluruh Negeri Selangor?
-
Bagaimanakah dengan kawasan luar bandar, adakah kemudahan yang sama kepada penduduk luar bandar terutamanya penduduk di kawasan Jeram yang mempunyai banyak kawasan kampung ?
42) SISTEM PENGURUSAN TANAH
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan negeri bagi meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan tanah bagi mengatasi isu tunggakan permohonan tanah serta penduduk yang tidak mendapat geran tanah setelah berpuluh tahun menunggu?
-
Apakah sistem yang akan diamalkan dalam proses tender tanah bagi memastikan wujudnya ketelusan dalam pentadbiran tanah?
-
Berapakah jumlah tanah yang telah dirizabkan untuk sekolah jenis kebangsaan serta sekolah kebangsaan 5 tahun yang lepas mengikut pecahan daerah dan senaraikan butir-butirnya. (nama sekolah, lokasi, keluasan tanah, tahun dirizabkan)
42) PROJEK LOJI RAWATAN AIR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah status kemajuan Projek Loji Rawatan Air Semenyih dan Labohan Dagang?
-
Berapa ramaikah pemilik tanah yang terlibat dengan laluan jajaran paip bagi kedua-dua projek tersebut?
42) SARING SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan skop dan aktiviti-aktiviti SARING Selangor untuk penduduk negeri Selangor.
-
Berapakah jumlah dana yang diperuntukkan untuk program ini?
-
Berapakah jumlah dan peratusan diperuntukkan untuk pengurusan dan pentadbiran program ini dan jumlah sumber manusia yang diperlukan untuk pelaksanaan?