42) PERUNTUKAN KEPADA AHLI-AHLI MAJLIS MBPJ
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah jumlah peruntukan yang diberi setahun kepada setiap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) setiap tahun sejak 2008 dan sila berikan senarai kegunaan peruntukan tersebut setiap tahun sejak 2008.
42) PROJEK SUKE
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek SUKE, dan bilakah projek ini akan selesai dan jalan-jalan yang terjejas dibaiki seperti di Cheras Hartamas?
42) TEMPAT LETAK KERETA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tempat letak kereta awam yang disediakan oleh MPSJ berbanding dengan pengendali swasta di kawasan komersil SS15, Taipan (USJ 9) dan (USJ 10)?
-
Nyatakan jumlah wang yang dikutip oleh MPSJ setiap bulan daripada orang awam dan pengendali swasta di kawasan-kawasan tersebut
-
Senaraikan butir-butir pengendali swasta yang terlibat.
42) REVOLUSI INDUSTRI AUTOMOTIF DAN DIGITAL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan Negeri Selangor selari dengan kemajuan Industri Automotif dan Digital dunia menjelang 2030?
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk melatih dan menggalakkan generasi yang ada sekarang ini menceburi bidang tersebut?
42) GERAN SELANGORKU Ð PROGRAM SOKONGAN PENDIDIKAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Daripada jumlah RM30 juta geran ini berapakah pecahannya yang bakal disalurkan ke sekolah agama rakyat, SKJ(T) dan SJK(C)?
-
Apakah kriteria yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi menyalurkan geran ini dalam menyediakan kemudahan asas pendidikan?
-
Apakah badan atau agensi pemantau yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan penyaluran geran ini?
42) TAPAK PERKUBURAN ISLAM DI TAMAN BUKIT TERATAI/SUNGAI SEPUTEH, LOT 16339.908, KAWASAN TERATAI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila jelaskan perkembangan projek tersebut
-
Adakah projek tersebut dapat kelulusan dari Pejabat Daerah, MPAJ dan Kerajaan Negeri Selangor.
-
Apakah peranan ADN dalam perkara ini?
42) PENGAMBILALIHAN HUTANG PEMBELIAN RUMAH PKNS
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Terdapat tuntutan rakyat yang kurang berkemampuan agar PKNS mengambil alih hutang mereka untuk meringankan beban pemilikan rumah sepertimana pengambilalihan hutang Talam oleh kerajaan negeri. Apakah rasional PKNS mengambilalih pemilikan rumah mereka yang terbabit bukan hutang mereka?
-
Mengapakah PKNS tidak bersedia mengambilalih hutang tersebut sebagai sebahagian tanggungjawab sosialnya?
-
Adakah polisi untuk menyediakan rumah mampu milik PKNS?
42) KEADAAN ALAM SEKITAR SEMAKIN MEROSOT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan semasa Projek Pembersihan Sungai Klang yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
-
Berapa jumlah kilang di tepi Sungai Klang terpaksa dipindahkan kerana projek pembersihan Sg. Klang?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu pemilik-pemilik kilang kerana terjejas dalam projek pembersihan ini?
42) AHLI MAJLIS & MASYARAKAT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah sumbangan Ahli Majlis kepada pembangunan masyarakat di setiap kawasan PBT?
-
Nyatakan peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Ahli Majlis untuk kegiatan masyarakat di setiap PBT tahun 2008 2014?
42) KONTRAKTOR ALAM FLORA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
33 kontraktor di bawah Alam Flora Sdn Bhd mendakwa tunggakan RM18 juta bayaran untuk kerja-kerja pembersihan awam di kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) juga pernah diberi bantuan kewangan untuk membayar hutang kepada Alam Flora Sdn Bhd. Bagimanakah masalah ini boleh berlaku?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah tunggakan bayaran?
-
Adakah pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mempunyai keupyaan kewangan untuk menyelsaikan masalah tersebut?