42) PAKEJ SEPADU USAHAWAN HINGGA BERJAYA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai skim -skim pembangunan usahawan di Selangor.
-
Sila kemukakan senarai usahawan-usahawan yang berjaya melalui skim-skim tersebut.
42) PENERIMA BANTUAN KISS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi tahun 2018, mengikut DUN.
-
Senaraikan bilangan ibu tunggal daripada keseluruhan bilangan penerima bantuan KISS.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memberi sokongan yang lebih kepada golongan ibu tunggal yang didaftarkan dalam skim bantuan KISS?
42) CAJ AIR SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Mohon penjelasan mengenai caj air sekarang yang dikenakan kepada pengguna: (i) Domestik (ii) Komersial
-
Nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi menjamin penerima Skim 20 Meter Padu Air Percuma terus kekal menikmatinya.
42) PROJEK DATUM JELATEK
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan projek Datum Jelatek di Taman Keramat Kuala Lumpur
-
Apakah status terkini berkaitan aduan penduduk di kawasan terlibat, apakah telah diselesaikan?
-
Benarkah dakwaan yang mengatakan projek ini membuka ruang yang terlalu besar kepada pembeli rakyat asing?
42) PERUNTUKAN MARRIS DUN PAYA JARAS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Terdapat beberapa kes di mana kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS bagi PBT MPS dan MBSA hanya bermula di dalam bulan September & Oktober 2016. Mengapakah berlaku kelewatan melaksanakan kerja tersebut?
42) BANJIR KILAT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan jangka masa panjang untuk menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap berlaku di Lembah Klang sejak akhir-akhir ini?
-
Huraikan sebab-sebab banjir kilat berlaku di Lembah Klang.
42) PEKERJA LADANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah KPI program kerajaan dalam usaha membantu nasib pekerja ladang?
-
Berapa ramaikah pekerja ladang yang telah mendapat bantuan kerajaan mengikut daerah dan apakah bentuk bantuan yang diberikan?
42) TENDER PROJEK MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT (MDKL) DARI TAHUN 2013 HINGGA BULAN JULAI 2015
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan nama syarikat yang berjaya memperolehi tender projek MDKL dari Tahun 2013 hingga bulan Julai 2015.
-
Sila asingkan mengikut DUN Sijangkang, Morib, Telok Datok dan Tanjong Sepat
-
Sila nyatakan jumlah kos yang berjaya memperolehi tender setiap projek.
42) PUSAT KEBUDAYAAN CINA DAN INDIA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuka Pusat Kebudayaan Cina dan India, walaupun terdapat banyak permintaan daripada orang ramai?
-
Sekiranya Pusat Kebudayaan ini dibuka kelak, apakah masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor pada masa hadapan?
-
Dimanakah lokasi-lokasi sebenar Pusat Kebudayaan Cina dan India ini dijangka akan dibuka kelak?
42) JAWATAN KONTRAK DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (SUK)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pegawai kontrak di pejabat SUK dan senaraikan mengikut jawatannya?
-
Apakah kerajaan negeri berhasrat memberikan jawatan tetap kepada penjawat kontrak tersebut?