41) PEMBANGUNAN LADANG ELMINA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan pembangunan Ladang Elmina akan menghapuskan kedudukan padang bola, kuil hindu dan surau di kawasan tersebut ?
-
Jika ya, apakah akan disediakan tapak alternatif ?
41) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini capaian program Bas Smart Selangor?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambah baik program ini?
-
Adakah terdapat perancangan untuk tidak lagi meneruskan program ini?
41) BAU BUSUK PUSAT PELUPUSAN SAMPAH (RDF)
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Pusat Pembuangan Sampah (RDF) di Ulu Semenyih mengeluarkan bau busuk hingga ke kawasan perumahan Taman Pelangi Semenyih dan taman-taman perumahan sekitarnya (15 km daripada RDF). Ini menyebabkan ketidakselesaan di kalangan penduduk di sekitar taman-taman perumahan tersebut. Apakah tindakan yang diambil untuk mengatasi bau busuk tersebut?
-
Adakah pemantauan dibuat mengikut jadual ke atas pusat pelupusan sampah tersebut?
41) SEKTOR EKONOMI (NEGERI SELANGOR)
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan, berapakah jumlah FDI yang telah di perolehi sepanjang tahun 2008?
-
Sila berikan statistik FDI untuk 5 tahun dan pecahan sektor-sektornya
-
Berikan jumlah pendapatan Kerajaan Negeri Selangor sepanjang 2008 mengikut : i) Pecahan mengikut sektor ii) Pecahan mengikut daerah
41) BANTUAN COVID-19 UNTUK PENDUDUK LUAR BANDAR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah status bantuan COVID-19 untuk rakyat Negeri Selangor di kawasan Luar Bandar dan berapakah jumlah penerima sehingga Julai 2021?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menukar kaedah bantuan daripada bakul makanan kepada sumbangan kewangan?
41) PERUMAHAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah LPHS hendak menyelesaikan masalah Pangsapuri yang hingga kini masih tiada agen atau pun JMB?
41) PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC) NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah keberkesanan penyediaan OSCC yang di sediakan oleh Kerajaan Negeri?
-
Berapakah jumlah kes yang diterima sejak Tahun 2012 hingga Bulan September 2015?
-
Sila pecahkan mengikut kategori keganasan keluarga, penderaan, rogol serta jantina dan umur mangsa.
41) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
-
Berapakah unit rumah yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri di bawah Skim Smart Sewa ini setakat 2024?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk Skim Smart Sewa ini.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperluas lagi inisiatif ini?
41) SUMBANGAN INFRA SEKOLAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah sumbangan peruntukan infrastruktur sekolah - sekolah di Daerah Klang mengikut jenis sekolah pada tahun sejak tahun 2018 hingga 2024?
-
Senaraikan sekolah-sekolah yang telah menerima bantuan CSR dari MBI sejak tahun 2018 hingga 2024 bagi DUN Sentosa dan jumlah diterima.
42) KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR BERHAD (KPSB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan struktur, pengurusan kanan dan lembaga pengarah kumpulan serta anak syarikatnya kini?
-
Senaraikan kejayaan KPSB pada tahun 2014?