41) INDUSTRI AERO ANGKASA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor memberikan tumpuan kepada Industri Aero angkasa, apakah usaha kerajaan untuk memperlengkapkan tenaga kerja atau pelatih dalam industri ini?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi pengambilan tenaga manusia dikalangan golongan muda yang keciciran?
-
Apakah bentuk latihan kemahiran yg ditawarkan?
41) PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai pulangan secara terus dan tidak terus industri pelancongan di Selangor kepada Kerajaan Negeri?
-
Adakah kerajaan ada menyediakan peruntukan khas atau geran untuk naiktaraf kawasan tarikan pelancongan sedia ada dan kawasan tarikan baru?
41) WIFI SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk WiFi Smart Selangor pada tahun 2017, 2018 dan 2019.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang memohon Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP Fund) bagi menampung kos perbelanjaan WiFi Smart Selangor? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
41) HALA TUJU PEMBANGUNAN DAN PERANAN BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian satu "blueprint", jika ada, terutama mengenai hala tuju pembangunan dan peranan belia; pemberdayaan kendiri dan penglibatan belia dalam proses penggubalan dasar dan pentadbiran awam negeri serta keperluan dan aspirasi khusus belia.
41) PENSTRUKTURAN SEMULA AIR SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status penstrukturan semula industri air Selangor berkenaan dengan penilaian bebas terhadap nilai syarikat SPLASH?
-
Apakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Selangor akibat daripada sebarang kelewatan dalam perkara ini?
41) LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (LPS)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan Lesen Pendudukan Sementara yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri pada masa ini? Sila perincian mengikut daerah dan jenis aktiviti.
-
Berapakah bilangan Lesen Pendudukan Sementara yang diberikan kepada badan bukan kerajaan?
41) PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN LONGKANG MONSUN DAN SUNGAI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan jadual penyelenggaraan longkang monsun dan sungai di DUN Teratai.
-
Berapakah tempoh masa untuk pemprosesan permohonan untuk pembaikan tebing longkang monsun dan tebing sungai yang telah runtuh?
41) PEMULIHAN SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memulihkan sektor pelancongan yang telah terjejas oleh kemelesetan ekonomi akibat pandemik COVID-19?
-
Apakah jenis bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan yang terjejas dan jumlah yang telah dibelanjakan untuk membantu mereka sehingga kini?
41) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor sehingga bulan Jun 2013 mengikut pecahan daerah ?
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor dan Negeri-negeri lain secara perbandingan sehingga Jun 2013.
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan Selangor terus dipilih sebagai destinasi pelaburan oleh pelabur-pelabur domestik dan luar ?
41) KAMPUNG MELAYU TRADISI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah syarat yang diperlukan untuk menjadikan Kampung Sri Indah B sebagai Kampung Melayu tradisi?
-
Apakah enakmen yang melibatkan kewujudan Kampung Melayu ini?