41) MIKRO KREDIT BANDAR (MIMBAR)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa peserta keseluruhan yang menyertai program tersebut dan berapa peruntukkan yang telah digunakan?
-
Berapa banyak yang telah membayar balik atas pinjaman yang diberikan ?
-
Adakah program ini mampu diteruskan bagi meningkatkan pendapatan golongan miskin bandar ?
41) EARLY INTERVENTION PROGRAM
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan pecahan perbelanjaan RM3 juta yang diperuntukan untuk Early Intervention Program pada tahun 2017
-
Apakah "measurable achievement" (kesan yang boleh diukur) yang telah dicapai dengan peruntukan ini?
-
Apakah polisi lain Kerajaan Negeri terhadap golongan keperluan istimewa selain diberikan peruntukan?
41) RANCANGAN SELANGOR PERTAMA (RS-1)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan pelaksanaan RS-1 setakat Q1 2023?
-
Adakah peruntukan untuk pelaksanaan RS-1 mencukupi seperti yang telah dirancang?
41) KEBAJIKAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jenis bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlahnya setiap satu mengikut DUN bagi tahun 2008, 2009 dan Jun 2010?
-
Berapakah bantuan yang diterima mengikut jenis bantuan bagi DUN Dusun Tua untuk tahun 2008, 2009 dan Jun 2010?
41) SENARAI PROJEK YANG DIJALANKAN BAGI MBSA (MPP Z0N 17,18 DAN 24) DI KAWASAN KOTA DAMANSARA PADA TAHUN 2024
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
-
Senarai bagi projek longkang, jalan dan landskap bagi tahun 2024.
-
Bajet bagi setiap projek yang dijalankan.
-
Tempoh masa di projek disiapkan.
41) TARIKAN PELANCONGAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memajukan tempat-tempat tarikan pelancongan di daerah Kuala Selangor dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Selangor?
-
Apakah usaha-usaha untuk memajukan pantai Sg. Kajang dalam Daerah Kuala Selangor yang mempunyai potensi untuk dijadikan tarikan pelancong dan tempat rekreasi?
41) HAK MILIK TANAH UNTUK TAMAN MAWAR, AMPANG
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Bilakah hak milik tanah tersebut disediakan?
-
Apakah masalah-masalah dalam proses permohonan hak milik tanah untuk Taman Mawar?
-
Langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah tersebut.
41) PUSAT DIALISIS RAKYAT (PDR)
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah Pusat Dialisis Rakyat (PDR) yang telah beroperasi? Senaraikan
-
Berapakah jumlah penerima manfaat ini sejak dilancarkan mengikut PDR?
-
Apakah terdapat cadangan bagi menambah Pusat Dialisis di setiap DUN?
41) CARUMAN WANITA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilakah Caruman Wanita Selangor akan dilaksanakan?
-
Apakah bentuk caruman yang akan dilaksanakan?
41) TASKA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini berkenaan jumlah pengusaha taska yang berdaftar dan tidak berdaftar di Selangor?
-
Apakah usaha dan insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pendaftaran taska bagi memastikan semua taska beroperasi di bawah pemantauan pihak berkuasa?