41) KEBAJIKAN WARGA EMAS
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilangan penduduk negeri Selangor yang terdiri daripada golongan warga emas adalah hampir 40 %. Jumlah tersebut semakin meningkat dengan kemudahan dan tahap kesihatan penduduk yang lebih baik. Golongan ini terdiri daripada pesara-pesara kerajaan dan bukan kerajaan. Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor dapat memanfaatkan kepakaran dan pengalaman luas yang ada pada warga emas tersebut?
-
Berapa banyakkah Pusat Aktiviti Warga Emas yang sudah dibina seluruh Selangor bagi memberi khidmat jagaan harian atau jagaan sepenuh masa kepada kelompok ini? Sila beri butiran pusat-pusat yang ada dan yang dalam pembinaan/perancangan
-
Apakah program yang telah diadakan bagi golongan warga emas ini?
41) MIKRO KREDIT BANDAR (MIMBAR)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa peserta keseluruhan yang menyertai program tersebut dan berapa peruntukkan yang telah digunakan?
-
Berapa banyak yang telah membayar balik atas pinjaman yang diberikan ?
-
Adakah program ini mampu diteruskan bagi meningkatkan pendapatan golongan miskin bandar ?
41) EARLY INTERVENTION PROGRAM
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan pecahan perbelanjaan RM3 juta yang diperuntukan untuk Early Intervention Program pada tahun 2017
-
Apakah "measurable achievement" (kesan yang boleh diukur) yang telah dicapai dengan peruntukan ini?
-
Apakah polisi lain Kerajaan Negeri terhadap golongan keperluan istimewa selain diberikan peruntukan?
41) KEBAJIKAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jenis bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlahnya setiap satu mengikut DUN bagi tahun 2008, 2009 dan Jun 2010?
-
Berapakah bantuan yang diterima mengikut jenis bantuan bagi DUN Dusun Tua untuk tahun 2008, 2009 dan Jun 2010?
41) PEMULIHAN SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memulihkan sektor pelancongan yang telah terjejas oleh kemelesetan ekonomi akibat pandemik COVID-19?
-
Apakah jenis bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan yang terjejas dan jumlah yang telah dibelanjakan untuk membantu mereka sehingga kini?
41) PUSAT DIALISIS RAKYAT (PDR)
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah Pusat Dialisis Rakyat (PDR) yang telah beroperasi? Senaraikan
-
Berapakah jumlah penerima manfaat ini sejak dilancarkan mengikut PDR?
-
Apakah terdapat cadangan bagi menambah Pusat Dialisis di setiap DUN?
41) CARUMAN WANITA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilakah Caruman Wanita Selangor akan dilaksanakan?
-
Apakah bentuk caruman yang akan dilaksanakan?
41) SPIES
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senarai program-program di bawah SPIES yang telah dijalankan pada tahun 2009 dan setakat manakah peruntukan untuk SPIES telah dibelanjakan pada tahun 2009.
-
Apakah kesan-kesan positif yang dapat dikesan oleh Kerajaan Negeri selepas pelaksanaan program SPIES terhadap kakitangan awam Selangor?
41) BANJIR DI KAMPUNG BARU SG. BULOH
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah -langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah banjir Kg. Baru Sg.Buloh ini secara keseluruhan?
-
Berapakah bajet yang akan diperuntukkan untuk kerja tersebut.
-
Adakah Kerajaan Negeri membuat kajian menyeluruh sistem longkang,sungai dan perparitan di Kg. Baru Sg.Buloh dan bagaimanakah penyelesaian banjir dapat diselaraskan dengan isu kilang haram.
41) MAJLIS TINDAKAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan dasar, pelan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Majlis Tindakan Orang Kelainan Upaya (OKU) Selangor
-
Senaraikan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai Majlis Tindakan Orang Kelainan Upaya (OKU) Selangor.
-
Adakah negeri lain juga menubuhkan majlis seperti ini?