40) PROJEK BOT BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek tersebut?
-
Apakah rancangan tindakan dan penyelesaian susulan yang telah di ambil oleh kerajaan negeri Selangor?
40) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri telah melancarkan kempen massa dan demonstrasi agar industri air di Selangor diambil alih kerajaan negeri. Apakah impak positif terhadap rakyat hasil daripada kempen tersebut?
-
Apakah perkembangan mutakhir cubaan kerajaan negeri mengambil alih industri air tersebut daripada pihak swasta?
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai kewangan yang cukup untuk mengambil alih industri air negeri?
40) AKTIVITI PUBLISITI MENGENAI PERPADUAN KAUM
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Perpaduan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor ada melakukan apa-apa jenis aktiviti publisiti (seperti iklan) bagi memupuk semangat perpaduan kaum atau memupuk kesedaran tentang integrasi perkauman di bawah Negeri Selangor? Sekiranya ya, senaraikan.
40) SUMBER AIR MENTAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perincian insiden air mentah tercemar sepanjang lima tahun lalu sehingga mengakibatkan bekalan air bersih terjejas?
-
Apakah strategi, perancangan program dan prosedur untuk memastikan bekalan air mentah negeri bebas daripada pencemaran?
40) FUNGSI MAIS
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan MAIS selepas pemerkasaan tahun 2005 dan apakah kesannya yang boleh dilihat sama ada dari sudut positif atau sebaliknya
-
Berapakah jumlah perbandingan ajaran sesat dan kes murtad yang telah dilaporkan di negeri Selangor dan di negeri-negeri lain dan apakah tindakan MAIS, JAIS dan Jabatan Mufti bagi menangani kes-kes ini dan gejala-gejala sosial yang lain?
-
Apakah tindakan MAIS, JAIS dan Jabatan Mufti bagi memperbetulkan tindakan golongan-golongan tertentu yang mengakibatkan salah tanggap masyarakat berkaitan dengan hal ehwal agama Islam seperti Jenayah Hudud dan Qisas, Negara Islam, Jihad dan lain-lain
40) AKAUN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah akaun kewangan semasa negeri Ð simpanan, kutipan dan perbelanjaan.
-
Bagaimanakah negeri dapat mengekalkan pengurusan akaun yang berhemah?
40) RIZAB TANAH KERAJAAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Pencerobohan Tanah Kerajaan Di Meru. Berapakah tindakan dan operasi yang telah dilaksanakan serta keberkesanannya?
-
Senaraikan lokasi pencerobohan dan status?
-
Adakah ada kebenaran bertulis dengan syarat-syarat tertentu bagi memaju, menduduki dan menyewakan diberikan kepada individu dan NGO yang masih sah sehingga tahun 2013? Senaraikan perincian.
40) KEWANGAN PBT DI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan Belanjawan setiap PBT di Selangor pada tahun 2022
-
Adakah PBT di Selangor mempunyai kewangan yang kukuh sekiranya tidak melaksanaan kenaikan cukai takfiran pada tahun ini?
-
Nyatakan PBT yang masih hutang dengan Kerajaan Negeri serta jumlah hutang mereka.
40) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan anak syarikat di bawah MBI, dan laporan kewangan masing-masing untuk tahun 2013
-
Bagi setiap anak syarikat tersebut, tolong senaraikan semua ahli lembaga pengarah, termasuk elaun tahunan mereka
-
Nyatakan syarikat kontraktor dan konsultan yang melaksanakan projek?
40) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Bilakah akan dilaksanakan pemberian bantuan terus kepada warga emas semasa hayat daripada Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
-
Apakah penambaikan bagi Program Pemeriksaan Mammogram Percuma yang sedia ada?
-
Apa kesan Insentif Perkahwinan terhadap trend berkahwin kalangan belia?