39) GUDANG PERALATAN BERAT DAN BENGKEL KERETA.
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Adakah gudang penyimpanan peralatan berat di Jalan Sawa Guni dan bengkel kereta Pakistan di Jalan Kolam Hamdan mendapat kebenaran untuk beroperasi daripada MPK atau Pejabat Daerah Klang?
39) TANAH RENTIS TNB
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan Kerajaan Selangor membenarkan TNB memasang Pylon berdekatan kawasan perumahan, adakah Kerajaan Selangor mengenakan syarat supaya tanah rentis TNB berkenaan dijadikan tempat letak kereta penduduk-penduduk sekitar demi menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta?
-
Jika tidak untuk soalah (a), apakah sebabnya?
39) PROGRAM JOM SHOPPING
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dihentikan?
-
Apakah ia akan disambung semula pada tahun 2017?
39) TAPAK WARISAN DI KUALA KUBU BHARU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini usaha JPBD dalam menyediakan kajian Bandar Kuala Kubu Bharu sebagai tapak warisan.
-
Nyatakan kos perbelanjaan telah dan akan digunakan untuk mengangkat Bandar Kuala Kubu Bharu sebagai tapak warisan.
-
Adakah Masjid Ampang Pecah telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
39) SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah manfaat kerjasama Institut Jantung Negara, khususnya dalam program peduli jantung menerusi Skim Rawatan Jantung Selangor yang dilancarkan 26 Februari 2018 dan sila nyatakan.
-
Jumlah rakyat Selangor yang bakal mendapat manfaat?
-
Adakah peruntukan RM10 juta memadai?
39) STATUS HAK MILIK TANAH KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah tanah bagi kampung tradisi yang telah diberikan status hak milik sepanjang tempoh Mac 2008 sehingga April 2013 mengikut pecahan DUN?
-
Berapakah jumlah pemilik tanah yang telah ditawarkan status hak milik tetapi masih belum melunaskan bayaran premium sepanjang tempoh Mac 2008 sehingga April 2013 mengikut pecahan DUN?
39) PREMIS NIAGA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Berapakah pusat atau premis yang telah dibina mengikut daerah?
-
Berapa ramaikah peniaga yang telah mendapat manfaat dari penubuhannya?
-
Apakah bentuk perniagaan yang telah terlibat menyertainya?
39) KAWASAN PERINDUSTRIAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kawasan-kawasan Perindustrian yang terdapat berhampiran lembaran Sungai Semenyih.
-
Adakah terdapat tapak dan kilang yang beroperasi tanpa kelulusan PTDHL dan MPKj? Senaraikan.
-
Adakah terdapat sistem pelupusan sisa perindustrian di kawasan-kawasan tersebut?
39) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan kepada semua kampung baru berserta dengan projek dan nilainya masing-masing.
-
Adakah kerajaan merancang untuk meningkatkan lagi peruntukan tahunan?
39) LATIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Latihan kemahiran adalah amat penting untuk remaja yang telah tercicir dari sekolah. Tujuan latihan sebegini adalah untuk menyediakan mereka untuk sebagai tenaga kerja yang mahir, yakni, tenaga kerja yang berpendapatan tinggi di masa hadapan. Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) ditubuhkan semata-mata untuk menghadapi cabaran ini pada tahun 2001 dengan menelan belanja sebanyak RM38 juta tetapi didapati pada masa ini kurang digunakan. Berapakah jumlah maksimum bilangan pelajar yang boleh ditampung oleh IKYS untuk memberi latihan dan kursus-kursusyang berasaskanteknikal?
-
Berapakah purata bilangan pelajar setahun sejak 5 tahun kebelakangan ini di IKYS?
-
Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan untuk mengoperasikan IKYS kepada keupayaan yang sepenuhnya dalam masa 6 bulan lagi?