4) PELABUR LUAR KE NEGERI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ramai pelabur-pelabur luar yang datang melabur di Negeri Selangor ?
-
Nyatakan bentuk-bentuk insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada pelabur-pelabur dari luar agar mereka dapat terus melabur di Negeri Selangor.
-
Senaraikan 7 buah Negara luar tertinggi yang melabur di Negeri Selangor dengan bidang dan jumlah pelaburan mereka, serta jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan.
4) PELANCONGAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang diambil Kerajaan Negeri bagi merancakkan kembali sektor pelancongan di Negeri Selangor ?
-
Senaraikan kawasan pelancongan baharu yang boleh menjadi tarikan utama pelancong domestik dan luar negara di Negeri Selangor.
4) KEMPEN BEBAS PLASTIK
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan dasar-dasar Kerajaan Negeri bagi pengurangan penggunaan plastik di Selangor.
-
Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh PBT terhadap pengusaha yang tidak mematuhi syarat larangan penggunaan plastik?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang menyalurkan peruntukan kepada ADN untuk menganjurkan program Kempen Bebas Plastik?
4) PEMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci kedudukan kewangan terkini PNSB.
-
Sila senaraikan kesemua projek pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh PNSB.
-
Sila senaraikan butiran terperinci kes-kes saman di mahkamah yang dihadapi oleh PNSB dan jumlah ganti rugi yang dibayar
4) PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan Negeri bersedia menambah peruntukkan kepada sekolah agama rakyat Selangor?
-
Berapakah peruntukkan disediakan selama ini?
-
Berapakah permohonan mendirikan sekolah agama diterima sejak 2008?
4) PEMILIKAN RUMAH (HOC) KEPADA PEMBELI WARGA ASING
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Berapa bilangan rumah mewah yang tidak terjual di Negeri Selangor? Mohon nyatakan mengikut daerah.
-
Berapakah bilangan rumah mewah yang terjual dan manfaat kewangan kepada Kerajaan Negeri?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia membuka penjualan rumah mewah ini kepada warga asing?
4) HUTAN SIMPAN KEKAL YANG BARU
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini pewartaan Hutan Simpan Kekal di Mukim Sungai Panjang Sabak Bernam, Mukim Buloh Telor Hulu Selangor dan Mukim Semenyih Hulu Langat yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2021.
-
Apakah peratus keluasan Hutan Simpan Kekal di Selangor?
4) KENAIKAN CAJ PARKIR MBSA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah kenaikan caj ini wajar?
-
Adakah kerajaan negeri bersetuju dengan bantahan Ahli Parlimen Shah Alam?
-
Nyatakan kadar caj PBT lain berbanding Shah Alam?
4) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik peluang pekerjaan yang tersedia di Selangor dari 2017-2019.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu anak muda memperoleh kerja?
-
Nyatakan peratusan kadar pengangguran di Selangor dari 2017-2019
4) DASAR PERUMAHAN MAMPU MILIK (DRMM)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan dasar Rumah Selangorku selari dengan DRMM?