39) PENGGUNAAN TAPAK TANAH PERKUBURAN ISLAM BAGI TUJUAN LAIN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Apakah boleh digunakan tapak tanah perkuburan Islam bagi aktiviti lain selepas pewartaannya?
-
Bagaimana jika ia telah digunakan bagi aktiviti lain sebelum pewartaannya?
-
Apakah langkah yang perlu untuk melindungi tapak tanah itu dari digunakan bagi aktiviti lain?
39) JETI NELAYAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jeti nelayan yang berdaftar dan tidak berdaftar di bawah DUN Bukit Melawati dengan kapasiti penggunaan nelayan mengikut jeti masing-masing.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf semua jeti nelayan tersebut demi keselamatan para nelayan serta potensi pelancongan di Daerah Kuala Selangor?
39) PROJEK USAHASAMA WORLDWIDE HOLDINGS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan kesemua projek usahasama yang sedang dijalankan sejak 5 tahun yang lalu?
-
Sila perjelaskan apakah Kerajaan Negeri masih tetap dengan dasar yang tidak mengizinkan sebarang projek pembangunan berkonsepkan usahasama?
-
Sila nyatakan bagaimanakah prestasi projek-projek usahasama yang dijalankan sejak 5 tahun yang lalu?
39) PEMBANGUNAN BELIA SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk menyokong pembangunan ekonomi golongan belia di kawasan luar bandar?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan insentif kepada syarikat yang mengambil belia tempatan sebagai tenaga kerja?
39) PENTERNAKAN BURUNG LAYANG-LAYANG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mengadakan garis panduan agar perindustrian penternakan burung layang dapat dikawal rapi?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membenarkan secara rasmi (legalized) perindustrian tersebut?
39) PELABURAN ASING
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak pelaburan (asing dan domestik) yang berjaya ditarik oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini dan meminta satu senarai pelaburan-pelaburan ini.
-
Apakah sasaran Kerajaan Negeri untuk tahun 2009 dan rancangan serta program Kerajaan Negeri untuk mencapai angka ini?
39) INDUSTRI KITAR SEMULA PLASTIK DI DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berkenaan industri kitar semula plastik di Daerah Kuala Langat. Apakah status pembidaan lambakan sampah plastik di Daerah Kuala Langat?
-
Nyatakan laporan Bomba berkenaan kejadian kebakaran longgokan sampah dan kilang haram sisa plastik.
39) BANGUNAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT BANTING
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan terhadap struktur bangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Banting, yang kini menduduki di atas sebidang tanah persendirian?
39) PEMBANGUNAN MASJID DUN RAWANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan kini berkenaan permohonan pembinaan Masjid Taman Pelangi dan Saujana Rawang?
-
Apakah status kini berkenaan permohonan menaiktaraf Masjid Nurul Iman, Kampung Kenanga?
39) ELAUN PEGAWAI MASJID
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan Elaun Pegawai Masjid di seluruh Negeri Selangor?