38) BANTUAN JKM KEPADA RUMAH PERLINDUNGAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Apakah jenis bantuan yang boleh diberikan oleh JKM kepada rumah-rumah perlindungan dalam membantu kelangsungan pengoperasiannya?
-
Berapakah jumlah rumah dan pusat perlindungan yang telah mendapat kemudahan bantuan ini? Huraikan.
38) PREMIS PERNIAGAAN DI BAWAH PBT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Peratus pemberian mengikut kaum.
-
Peratus pelanggaran syarat untuk tahun 2016 serta apakah bentuk tindakan yang telah diambil?
-
Apakah mekanisme untuk memastikan peniaga adalah penama kepada premis mereka?
38) PROJEK BANDAR SELAMAT DI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kos dan lokasi projek Bandar Selamat dari Kementerian Perumahan yang dilaksanakan di Selangor 2008-2013 dan nyatakan mengikut daerah, PBT, Parlimen dan DUN?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk pelaksanaan projek ini?
38) PEWARTAAN TAPAK RUMAH BERIBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai rumah ibadat bukan Islam mengikut DUN di Selangor.
-
Berapakah tapak tersebut yang telah diwartakan dan berapakah yang belum diwartakan?
-
Apakah sebab-sebab tapak-tapak tersebut belum diwartakan?
38) PEMODENAN PERTANIAN DI ANJUNG UTARA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif dan insentif Kerajaan yang telah dilaksanakan untuk pemodenan pertanian tanaman padi, kebun kelapa, kebun kelapa sawit dan tanaman sayur?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan dari 2018-2022?
38) MASJID PENGURUSAN JAIS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Apakah matlamat perlaksanaan pentadbiran masjid yang diletakkan di bawah pengurusan JAIS?
-
Apakah perlaksanaan perkara tersebut tidak menyalahi undang-undang yang sedia ada?
-
Adakah benar pemilihan masjid untuk diurus pentadbiran oleh JAIS hanya membabitkan masjid berdana tinggi kadarnya?
38) RANCANGAN KERAJAAN NEGERI BAGI MENGGALAKKAN KEUSAHAWANAN KECIL DI KAWASAN BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Mohon nyatakan rancangan Kerajaan Negeri bagi menggalakkan keusahawanan kecil terutama di kawasan bandar:
-
Sokongan pihak PBT dalam pemberian lesen perniagaan kecil. Tapak-tapak perniagaan sementara di kawasan PBT dan kampung. Insentif-insentif galakan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.
38) MENAIKTARAF JALAN NEGERI B131
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Dewan pernah diberitahu bahawa pembesaran jalan ini akan dimasukkan di bawah RMK11. Apakah projek menaiktaraf simpang B131 dan FT54 telah dimasukkan di bawah RMK-11 dan bilakah akan bermula?
-
Bolehkah Pejabat Daerah Petaling membesarkan simpang 3 di Dewan JKKK Paya Jaras Hilir dengan mengubah pagar tembok dewan yang sedia ada?
38) TANAH PKPS DI HULU SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah yang dimiliki oleh PKPS di Hulu Selangor dengan butir-butir seperti keluasan dan tujuan penggunaannya.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membangunkan semula tapak Taman Orkid Antarabangsa yang telah tutup lebih daripada 10 tahun?
38) DEWAN SERBAGUNA BAGAN HAILAM
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Kebakaran yang memusnahkan 13 rumah menyebabkan keluarga dalam suasana tahun baru kelam kabut mencari tempat tinggal sementara. Bilakah Kerajaan Negeri mahu membina dewan serbaguna?
-
Balai JKKK juga terlalu uzur dan tidak selamat. Bilakah Kerajaan akan ganti baru? Anggaran Kos?