38) AIR PERCUMA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Dalam program pemberian air percuma 11 meter padu kepada setiap bacaan meter individu di Negeri Selangor, Kerajaan telah berbelanja sebanyak lebih kurang 12 juta setahun: Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan bagi menampung kos yang tinggi ini?
-
Bagaimana pula dengan rungutan banyak pihak yang menggunakan meter pukal sehingga kini hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat menikmati sistem kupon.
38) PUSAT KOMUNITI WANITA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Antara program pemberdayaan wanita yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah mewujudkan Pusat Komuniti Wanita. Apakah matlamat dan sasaran yang hendak dicapai oleh kerajaan dalam melaksanakan program ini?
-
Berapa banyakkah terdapat pusat-pusat seperti ini di seluruh Negeri Selangor?
-
Berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam mewujudkan pusat-pusat ini?
38) SEKOLAH TINGGI PERSENDIRIAN CINA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Sekolah Tinggi Persendirian Cina di negeri ini kesuntukan dana. Adakah kerajaan mempertimbangkan saluran kewangan ditingkatkan dari setengah juta ke RM 1 juta untuk 4 sekolah tersebut.
38) PERUMAHAN MISKIN BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Perumahan Miskin Bandar yang terdapat di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan raya Umum ke-13. Bilakah Perumahan Miskin Bandar tersebut boleh dilaksanakan?
-
Sejauh mana peruntukan tersebut untuk DUN-DUN lainnya?
38) MAAHAD TAHFIZ SAINS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan tiga lagi Maahad Tahfiz Sains melalui belanjawan 2015, sejauh manakah progress pembinaan tersebut?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi membangunkan keseluruhan tanah MITS Sabak Bernam di Bagan Terap yang masih terbiar?
38) PEMILIHAN AHLI MAJLIS MELALUI PILIHANRAYA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan bercadang untuk mengadakan pemilihan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui cara pilihanraya. Adakah kerajaan sudah menyediakan draf pelaksanaannya dan bilakah ianya akan dilaksanakan?
-
Sila lampirkan draf pelaksanaan pemilihan Ahli Majlis melalui pilihanraya.
38) WIFI PERCUMA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kawasan "hot spot" Wifi Percuma telah ditambah dalam tahun 2012?
-
Berapakah jumlah wang telah dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam penyediaan Wifi Percuma dalam tahun 2012?
-
Sama ada perkhidmatan Wifi Percuma telah diswastakan dan sekiranya benar, apakah syarat-syarat utama dalam perjanjian penswastaan? Memohon Kerajaan Negeri membentangkan perjanjian itu jika wujud.
38) PENJUALAN TANAH PERSEKUTUAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua penjualan tanah milik Kerajaan Persekutuan di Negeri Selangor
-
Sila juga nyatakan syarat nyata penggunaan tanah yang dijual selepas dimiliki oleh pihak swasta
38) PROGRAM SITHAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi kewangan Program Sittham pada tahun 2020-2023.
-
Apakah plan pembaharuan program pada tahun 2024?
38) PENCEMARAN UDARA DI RAWANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengawal isu pencemaran air dan udara di kawasan industri, terutamanya pada waktu malam?
-
Apakah tindakan terhadap aduan pencemaran udara dan habuk daripada penduduk Kondo Legendview Rawang?