38) KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan kini berkenaan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam?
-
Adakah Stadium Melawati terlibat dalam pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam?
-
Apakah kelebihan KSSA berbanding dengan Kompleks Sukan Bukit Jalil?
38) JELAJAH RAMADAN,PEDULI RAKYAT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan oleh kerajaan negeri bagi program tersebut?
-
Berapakah keseluruhan isi rumah yang telah mendapat bantuan dalam program tersebut?
-
Berapakah DUN atau lokasi yang terlibat dalam program tersebut?
38) MODEL BARU EKONOMI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Persekutuan mengumumkan Model Baru Ekonomi (MBE) yang berteraskan kreativiti, inovasi dan nilai tinggi untuk memacu ekonomi Malaysia. Apakah kerajaan negeri bersetuju dengan model ini turut diterapkan dalam pembangunan ekonomi negeri?
-
Apakah strategi kerajaan negeri untuk menyediakan rakyat Selangor dengan model baru ini?
-
Berdasarkan sumber manusia dan sumber alam yang ada di Selangor, bagaimanakah ia dapat dimanfaatkan selaras dengan model ini?
38) PERANAN SSIC
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Nyatakan peranan SSIC dan hubungan kerja dengan MIDA dalam usaha untuk menarik pelaburan ke Negeri Selangor.
-
Apakah sektor yang menjadi pilihan dan nyatakan jumlah pekerjaan yang telah diwujudkan mulai Januari 2012 sehingga Jun 2012?
38) MAIS CORPORATION
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan perniagaan yang dijalankan oleh MAIS CORPORATION Sdn Bhd berserta nama-nama Ahli Lembaga Pengarah nya.
-
Berapakah pendapatan tahunan MAIS CORPORATION dan anak-anak syarikat (jika ada) sejak di tubuhkan?
38) PEMBINAAN INCINERATOR DI SHAH ALAM DAN KUALA LANGAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri akan meneruskan pembinaan incinerator di Shah Alam dan Kuala Langat?
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai kepakaran yang cukup untuk menguruskan selia incinerator ini?
-
Adakah pembinaan incinerator ini dapat memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang tempatan selepas siap?
38) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PEMBUANGAN SAMPAH)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha yang telah dibuat oleh kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah pusat pembuangan sampah secara tradisional di Sungai Sedu?
-
Apakah rancangan terperinci jangka panjang bagi menyelesaikan masalah pelupusan sampah yang meruncing di Selangor?
38) PENGENDALIAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peratus kitar semula untuk sisa pepejal di Negeri Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan pengasingan sisa serta menggalakkan industri kitar semula?
-
Apakah perkembangan enakmen sisa pepejal Negeri Selangor?
38) LESEN PERNIAGAAN KEPADA WARGA ASING
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah lesen perniagaan yang telah dibatalkan oleh PBT yang telah menyalahguna lesen milik tempatan kepada warga asing sejak 3 tahun lepas?
-
Berapa kerapkah operasi penguatkuasaan bagi membenteras premis yang beroperasi oleh warga asing menggunakan lesen tempatan?
38) PEMBERSIHAN LONGGOKAN SAMPAH SARAP PARCA BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Tempatan untuk mengatasi masalah longgokan sampah parca banjir yang wujud semula selepas kerja pembersihan kali pertama di buat?
-
Adakah pihak penguatkuasa MPK membuat pemantauan kewujudan tapak pembuangan sampah haram oleh kontraktor yang di upah sendiri oleh penduduk untuk membuang sampah mereka pasca banjir?
-
Berapa banyakkah lori-lori sampah haram yang dapat ditangkap oleh MPK ketika sedang membuang sampah-sampah banjir di tepi jalan?