37) PENULARAN WABAK DENGGI
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?
-
Sejauh manakah keberkesanan pihak KDEB dalam menangani isu kebersihan awam?
37) PERLAKSANAAN MARRIS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah ada halangan PBT, untuk melaksanakan ke atas jalan-jalan JKR, kampung dan Pertanian?
-
Peruntukan yang tinggi kepada PBT setiap DUN. Adakah PBT dibenarkan untuk MARRIS Jalan Luar Bandar & desa?
-
Memastikan peruntukan dibelanja dalam tahun kewangan. Adakah audit dilaksanakan?
37) INSTITUSI ATAU PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri menilai keupayaan Tenaga Pengajar Pusat Latihan Kemahiran (STDC) selari dengan teknologi industri terkini?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat memastikan Tenaga Pengajar ini mempunyai struktur gaji yang adil selaras dengan pelaksanaan gaji minimum RM1700.00?
37) BALAI RAYA DAN DEWAN UNTUK KEGUNAAN ORANG RAMAI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah balai raya di kawasan kampung dan Taman-Taman di seluruh negeri Selangor. Apakah perancangan dalam jangka masa terdekat terhadap kemudahan awam tersebut?
-
Sejak akhir-akhir ini sedang berlaku kerja-kerja menukar nama balai raya kepada Balai JKKK(di Sabak Bernam). Apakah rasional tindakan tersebut? Bukankah ini akan mengganggu aktiviti kemasyarakatan penduduk setempat.
37) PUSAT SIBER KAFE
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah siber kafe yang berlesen dan beroperasi di Negeri Selangor mengikut PBT?
-
Sila nyatakan apakah kriteria-kriteria yang dikenakan kepada para pengusaha siber kafe dan adakah ia dihadkan pemberian jumlah lesen?
-
Setakat ini bagaimanakah kerja-kerja pemantauan yang dijalankan oleh pihak PBT terhadap pusat siber kafe dan nyatakan apakah kesan sampingan terhadap masyarakat setempat?
37) PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH KILANG-KILANG HARAM DI DUN SENTOSA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kilang yang telah diambil tindakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan MPK yang mempunyai aduan penduduk setempat.
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai senarai kilang haram yang dilaporkan kepada PBT?
-
Senaraikan tindakan yang telah diambil untuk menangani isu pembakaran terbuka oleh PBT di DUN Sentosa.
37) KUTIPAN CUKAI PETAK
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran kutipan cukai petak untuk tahun 2020 dan 2019?
-
Berapakah banyak telah dikutip sehingga sekarang untuk tahun 2020 dan jumlah kutipan untuk tahun 2019?
-
Berapakah banyak jumlah keseluruhan telah dikutip sejak permulaan sehingga sekarang?
37) PROJEK MARRIS – DUN KOTA DAMANSARA N39
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan untuk tempoh 5 tahun lepas bagi DUN Kota Damansara N39 (melibatkan MBSA, MBPJ)?
-
Kemanakah peruntukan tersebut telah digunakan secara terperinci (kawasan,siapa kontraktor dan kos)?
-
Apakah projek yang sedang berjalan dan baki peruntukan untuk tahun 2019?
37) PERLAKSANAKAN JAMINAN KESELAMATAN PBT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri memberi tumpuan pemasangan 414 CCTV untuk tujuan keselamatan. Senaraikan nama kawasan yang terlibat dan jumlah CCTV tersebut mengikut PBT?
-
Bilakah proses pemasangan dijangka selesai dan ia dapat berfungsi dengan sempurna?
-
Apakah unit yang akan memantau penggunaan CCTV ini di peringkat PBT?
37) PEMBANGUNAN TANAH LIMAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah penyelesaian kerajaan bagi isu permohonan tanah Kuil Kampung Sungai Dua yang bakal digunapakai untuk tujuan naiktaraf lebuhraya FT3209?
-
Nyatakan tanah yang telah diwartakan untuk kegunaan LIMAS di Parlimen Selayang yang masih boleh dipohon oleh persatuan penganut.