4) PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan dapat mempertimbangkan perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi kawasan Taman Matang Jaya, Hospital Sungai Buloh, Kg Melayu Sg Buloh dan Desa Coalfield yang mana ia adalah kawasan penduduk berpendapatan rendah?
4) SEKRETARIAT TASK FORCE FELDA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila huraikan perkembangan terkini sekretariat tersebut dan senaraikan ahliahlinya.
-
Sila senaraikan aktiviti yang dilaksanakan oleh sekretariat sejak ianya ditubuhkan
-
Sila nyatakan jumlah dana yang disalurkan kepada Sekretariat bagi memperjuangkan hak dan kepentingan warga Felda Negeri Selangor.
4) BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan bantuan pendidikan kepada SRA, SJKC dan SJKT pada tahun ini memandangkan kebanyakan sekolah tutup kerana pandemik COVID-19? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Nyatakan cara Kerajaan Negeri mengaudit/memantau projek sekolah di bawah bantuan pendidikan tersebut.
4) PENCEMARAN AIR DI TASIK CEMPAKA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Pada 9 Jun 2011 berlaku pencemaran air di Tasik Cempaka menyebabkan kematian hampir 30000 ikan. Apakah yang menyebabkan berlaku pencemaran di tasik berkenaan?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Alam Sekitar?
-
Adakah kaedah bagi menghalang pencemaran terus berlaku?
4) PEMBERDAYAAN MASYARAKAT ORANG ASLI TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN PULAU CAREY DAN PELABUHAN CAREY
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif kerajaan bagi memberdayakan masyarakat orang asli tempatan (Mah Meri) untuk berada sejajar dengan persiapan pembangunan di Pulau Carey dan Pelabuhan Carey?
-
Apakah status kampung orang asli Sungai Kurau dalam pembangunan Pelabuhan Carey?
4) PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua inisiatif pembangunan usahawan yang terkini di Selangor.
-
Adakah usaha kerajaan mencapai sasaran yang ditetapkan?
-
Senaraikan bilangan peserta bagi setiap inisiatif yang telah ditawarkan bagi tahun 2024.
4) BAKUL MAKANAN MAHASISWA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah mahasiswa Selangor yang menerima bantuan bakul makanan di IPTA dan IPT milik Kerajaan Negeri Selangor?
-
Senaraikan IPT yang terlibat dalam Program Bakul Makanan Mahasiswa.
-
Berapakah peruntukan keseluruhan bagi program tersebut?
4) ANAK MUDA DALAM POLITIK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan terhadap penglibatan anak muda dalam politik?
-
Apakah program yang dijalankan oleh Kerajaan untuk menanam kepada mereka kefahaman dan prinsip demokrasi tulen?
-
Apakah agensi dan siapakah anggota-anggota pasukan yang melaksanakan program ini?
4) RIZAB PIHAK BERKUASA TEMPATAN(PBT)
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai jumlah Rezab setiap PBT di Negeri Selangor sejak tahun 2008 hingga 2011 ?
-
Sila nyatakan apakah pendekatan yang bakal diambil oleh PBT Negeri Selangor dalam usaha memperkukuhkan rezab dan sekaligus memberi perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan mesra kepada rakyat ?
-
Sila nyatakan apakah bentuk ganjaran dan insentif yang bakal diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada mana-mana PBT yang dapat mencapai matlamat tersebut ?
4) TEKNOLOGI HIJAU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menggunakan muka sauk tasik dan empangan untuk meletak panel solar untuk menjanakan tenaga yang boleh diperbaharui?
-
Jika ya, di mana projek-projek ini bakal dilaksanakan?