36) PROGRAM PENGASINGAN SAMPAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan pengasingan sampah?
-
Apakah anggaran kos yang boleh dijimatkan lepas melaksanakan pengasingan sampah?
-
Apakah halangan untuk perlaksanaan pengasingan sampah?
36) HAKMILIK STRATA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Terangkan prosedur yang lengkap untuk pengeluaran hak milik strata dengan memetik peruntukan undang-undang yang terpakai.
-
Senaraikan permohonan hak milik strata yang masih dalam pemprosesan di Daerah Petaling termasuk tarikh pemaju mengemukakan permohonan dan projek pemajuan.
36) JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DILULUSKAN KEPADA PENGUSAHA OLEH KERAJAAN NEGERI DALAM PROGRAM HIJRAH SELANGOR.
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah bilangan yang telah diluluskan ?
-
Berapa peratusan yang telah dikutip balik oleh Kerajaan Negeri Selangor?
36) JALAN BATU BATA SUNGAI PELONG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Dewan pernah diberitahu bahawa jalan tersebut akan diselenggara pada tahun 2016. Mengapakah sehingga Oktober 2016 jalan masih belum berturap dan saliran air masih tidak dibuat ?
-
Bolehkah jalan tersebut di wartakan sebagai jalan PBT ?
36) AKTIVITI BUDAYA DAN SENI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri telah melaksanakan pementasan teater bagi karya-karya sasterawan negara, persembahan simfoni Selangor dan pameran seni halus seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2018 Negeri Selangor? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mengadakan program-program pembangunan bakat muda yang berkaitan dengan penulisan kreatif yang diilhamkan oleh karya Rehman Rashid seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2018 Negeri Selangor? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
36) AIR TIDAK TERHASIL (NON REVENUE WATER)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan yang ada pada Air Selangor untuk menurunkan kadar NRW ke paras kurang daripada 20% menjelang 2020?
-
Berapakah banyak peruntukan diperlukan untuk mencapai matlamat ini?
-
Bagaimanakah Air Selangor akan memperolehi peruntukan kewangan yang diperlukan ini?
36) GAJI MINIMUM RM1,500
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah skim ini dapat diteruskan tanpa geran tersebut?
-
Bagaimana skim ini dapat diperluaskan di kalangan penjawat awam negeri pula?
37) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilakah perlantikan PeBT akan dibuat bagi penggal ini? Nyatakan penggal baru dan tempoh setiap penggal bagi PeBT.
-
Bagaimana pendekatan PeBT dalam pembangunan golongan belia di Zon yang diwakili?
-
Apa kaitan Selangor Youth Community dengan program belia Kerajaan Negeri Selangor?
37) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB/MC)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan dan solusi yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi permasalahan yang timbul di kawasan yang tidak mempunyai Badan Pengurusan Bersama?
37) DANA PERTUBUHAN AGAMA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah matlamat dan tujuan penubuhan dana ini?
-
Berapakah jumlah dana yang diperuntukkan dan sila perinci kan kaedah pemberiannya?