36) GELANGGANG FUTSAL BELIA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah gelanggang futsal di seluruh kawasan dun sentosa mengikut pecahan taman
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukkan bagi pembinaan gelanggang tersebut ?
-
Sila pecahkan peruntukkan Persekutuan dan Negeri bagi gelanggang futsal
36) STATISTIK ADUAN MBPJ
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila beri statistik aduan yang diterima oleh MBPJ untuk tahun 2012-14 mengikut jenis aduan.
-
Sila beri statistik aduan yang diterima oleh MBPJ untuk tahun 2012-14 mengikut zon ahli majlis
-
Sila beri statistik aduan yang diterima oleh MBPJ untuk tahun 2012-14 mengikut cara aduan diterima (email, telefon, dsb)
36) PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyusun dan membangunkan semula DUN Sentosa lebih kemas dan tersusun serta sistematik terhadap pembangunannya?
36) CUKAI TANAH BERGANDA DI TAMAN BUKIT SEMENYIH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mengapa sebahagian pemilik rumah Fasa 3 Taman Bukit Semenyih perlu membayar dua cukai tanah untuk sebuah rumah kediaman di samping cukai taksiran tahunan?
-
Bagaimana Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dapat menyelaraskan cukai tersebut yang dilihat tidak adil kepada mereka?
36) PENGURUSAN JALAN RAYA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan persekutuan untuk pembinaan dan pengurusan jalan setiap PBT di Negeri Selangor bagi tahun 2008 dan 2009?
-
Bagaimanakah pengiraan peruntukan jalan setiap PBT dan berapakah jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk tahun 2007 dan 2008?
-
Apakah rancangan dan peruntukan untuk menaik taraf jalan di kampung tradisi?
36) MES
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk produk-produk MES sejak ianya diperkenalkan. Perincikan setiap produk mengikut keutamaan seperti SMUE, TAWAS, Memogram, PTRS, MIMBAR dan lain-lain?
36) PEMBENIHAN AWAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan melakukan pembenihan awan bagi mengatasi masalah jerebu dan kemarau pada masa akan datang?
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk melakukan kerjasama pembenihan awan dengan pihak luar?
36) SKIM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peniaga atau usahawan kecil yang memohon Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) mulai Januari 2012 sehingga Jun 2012
-
Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan mengikut kawasan Dewan Negeri?
36) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Penjelasan mengenai WiFi percuma terutama bila dan di mana 2,500 hotspots boleh digunapakai serta perincian perjanjian komersil dengan Telekom Malaysia seperti kos keseluruhan, tempoh kontrak, jenis caj, jenis perkhidmatan, jenis dan hak milik infrastruktur.
36) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan berapa kilang yang masih belum diselesaikan bawah program Pemutihan Kilang?
-
Nyatakan berapa kilang haram yang telah diselesaikan sejak tahun 2008 sehingga kini mengikut DUN?