36) PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Senaraikan secara terperinci semua PPR yang terdapat di Selangor sehingga kini?
-
Nyatakan bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ke atas PPR tersebut?
36) INDUSTRI KECIL SEDERHANA (IKS)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan produktiviti dan taraf Industri Kecil Sederhana (IKS) supaya mereka dapat bersaing di peringkat serantau dan global selaras dengan keterlibatan Malaysia dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) ?
36) PERBANYAKKAN PUSAT DIALISIS DI KAWASAN SABAK
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah perancangan Kerajaan bagi menambah pusat dialisis khususnya di Sabak Bernam berikutan penambahan mendadak pesakit yang memerlukan rawatan?
36) PENGANGKUTAN AWAM PERCUMA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah status perlaksanaan janji manifesto ini?
-
Berapakah kos yang telah diperuntukkan untuk perlaksanaan program ini?
-
Bilakah program ini mampu dinikmati oleh rakyat Selangor ?
36) ISU EKONOMI DAN KEBAJIKAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan luar bandar yang masih terkesan selepas pandemik Covid-19?
36) PERBELANJAAN PENGURUSAN AHLI-AHLI MAJLIS NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah sebenar perbelanjaan yang melibatkan bayaran elaun tetap bulanan, keraian dan pengurusan pejabat untuk ahli-ahli majlis di setiap PBT bagi tahun 2008 di Negeri Selangor?
-
Senaraikan jumlah kutipan cukai pintu dan cukai taksiran untuk rumah kediaman dan premis komersial yang Berjaya dikutip oleh setiap PBT di Negeri Selangor bagi tahun 2008.
36) PRESTASI KEWANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila jelaskan dengan terperinci prestasi kewangan 12 Pihak Berkuasa Tempatan sepanjang tempoh 5 tahun yang lalu.
36) PEMBINAAN HOSPITAL
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membina sebuah hospital baru di kawasan Bukit Beruntung memandangkan kepadatan penduduk yang semakin meningkat saban tahun dan hospital Kuala Kubu Bharu yang terletak agak jauh dan sudah lama dan ini menyulitkan penduduk untuk mendapatkan rawatan?
36) PEMBANGUNAN DAN PENGINDAHAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat sebarang rancangan bagi membangunkan dan mengindahkan Sungai Klang?
-
Berapakah jarak yang dirancang untuk dilaksanakan perkara tersebut?
-
Berapakah anggaran kos yang diperlukan?
36) TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik pendaftaran TAWAS mengikut kaum berdasarkan kawasan Parlimen dan DUN?
-
Apakah langkah untuk memastikan semua anak kelahiran Selangor dapat didaftarkan?