35) WIFI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan maklumat terkini mengenai pelaksanaan WiFi Percuma Selangor.
-
Apakah cara kerajaan untuk memastikan dan memantau WiFi tersebut berfungsi dengan baik?
-
Berapakah jumlah pengguna yang menggunakan WiFi Selangor dalam setahun?
35) MYSEL
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah permohonan kewarganegaraan, sijil lahir dan kad pengenalan dalam program MYSEL
-
Nyatakan senarai bagi permohonan yang diproses, ditolak dan di luluskan
35) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat yang membekalkan Bas Smart Selangor dan jumlah harga kontrak yang telah ditawarkan.
-
Nyatakan statistik bilangan penumpang yang telah menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor mengikut laluan perjalanan
35) WIFI SMART SELANGOR DI LUAR BANDAR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Adakah program Wifi Smart Selangor yang dirancang untuk memberi liputan internet percuma turut dilaksanakan di luar bandar?
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh kerajaan untuk melaksanakan program ini di kawasan luar bandar terutama sekali di DUN Permatang?
35) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Adakah ada kajian telah dibuat berkenaan tahap kepuasan pelanggan kepada sistem perkhidmatan PBT di Selangor? Jika ada senaraikan
36) PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN SELANGOR (PAMWS)
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan dan program yang dijalankan selepas penubuhan PAMWS?
-
Senaraikan perbelanjaan yang terlibat dalam rancangan program tersebut
-
Senaraikan lembaga pengurusan PAMWS dan emolumen untuk setiap jawatan.
36) PERANCANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Negeri Selangor khususnya Zon Selatan Negeri Selangor dalam jangka masa 5 tahun akan datang?
36) SUMBANGAN ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah sumbangan anak-anak syarikat kepada Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan inisiatif sosial sepanjang tahun 2021 dan apakah anak-anak syarikat yang terlibat?
36) MASALAH PENJUALAN ARAK
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan PBT untuk menangani isu penjualan arak di kedai serbaneka/runcit secara haram/tanpa lesen?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memberikan lesen kepada premis perniagaan untuk hanya menjual arak sahaja?
-
Adakah PBT mengambil tindakan serius ke atas premis-premis yang menjual arak selepas jam 9 malam?
36) GRADUAN TERLIBAT AKTIVITI MILITAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan dengan terperinci berkenaan laporan yang dikeluarkan oleh PDRM berkenaan graduan KUIS yang terlibat dengan kumpulan militan di Syria?
-
Apakah faktor penglibatan graduan KUIS yang terlibat dengan kumpulan militan ini?
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan perkara ini tidak berulang?