35) PERUNTUKAN TAHUNAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan kewangan tahunan kepada SJKC, SJKT dan SAR. Berapa banyak peruntukan telah diluluskan kepada SJKC, SJKT dan SAR di kawasan DUN Sg. Pelek mengikut pecahan sekolah semenjak tahun 2008 sehingga sekarang ?
35) INDUSTRI DI PETALING JAYA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menarik industri-industri ke Petaling Jaya?
-
Butirkan bilangan lot tanah industri yang kosong atau terbiar pada masa ini.
35) PERKHIDMATAN WIFI SELANGORKU
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Adakah perancangan untuk mempertingkatkan kecekapan tahap liputan penerimaan rangkaian kepada pengguna?
-
Bolehkah menambah bilangan pusat perkhidmatan sedia ada, pada setiap DUN? terutama luar dan pinggir bandar?
35) KOLAM TEBATAN BANJIR RAWANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Kenapa kolam tebatan banjir Sungai Gong masih tidak diselenggara dengan sempurna?
-
Adakah kerajaan merancang untuk menaiktaraf sekeliling kolam takungan ini menjadi kawasan riadah?
-
Nyatakan status kini pembinaan kolam tebatan banjir di kawasan industri Rawang Integrated.
35) RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: perumahan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Apakah pendekatan yang diambil bagi menyelesaikan rumah terbengkalai berkenaan?
-
Setakat ini, berapakah projek rumah terbengkalai yang telah disediakan?
-
Apakah kriteria-kriteria diutamakan untuk pemulihan?
35) KETIADAAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DI TANJONG KARANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani isu ketiadaan Pusat Jagaan bagi kanak-kanak yang dipisahkan dari ibu bapa yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di Tanjong Karang?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menjalankan program berkebajikan untuk kanak-kanak tersebut?
35) JALAN DARI PANTAI MORIB KE PANTAI KELANANG (LALUAN ALTERNATIF)
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Adakah perancangan dari pihak Kerajaan Negeri untuk menambahbaik jalan dari pantai Morib ke pantai Kelanang (laluan alternatif).kemudahan lampu jalan masih tidak mencukupi?
35) PEMUTIHAN KILANG HARAM DI KUALA LANGAT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kilang haram yang beroperasi sebelum tahun 2008 dan telah berjaya diputihkan?
-
Berapakah jumlah kilang haram yang didirikan mulai 2008 sehingga kini? Kenapakah ianya masih berlaku?
-
Apakah jenis kategori industri yang terlibat dengan kilang-kilang haram tersebut?
35) TUKAR SYARAT NYATA TANAH INDUSTRI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua tanah industri di daerah Petaling yang telah ditukar kegunaan daripada industri kepada kegunaan lain. Sila beri nama pemilik, saiz tanah, jenis kegunaan baru dan premium tanah yang dibayar
35) PGK SELANGOR RM1500
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Berapa lamakah paras RM1500 telah digunapakai secara rasmi dan apakah masalah yang telah dihadapi (jika ada) sejak ianya dilaksanakan?
-
Apakah masalah atau cabaran yang akan dihadapi sekiranya ianya dinaikkan?
-
Adakah sebarang rancangan pelaksanaan nilai PGK rasmi baru untuk Kerajaan Negeri?