35) POKOK-POKOK LAMA DI DALAM SELIAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Telah terjadi di sekitar Lembah Klang yang pokok-pokok lama telah tumbang dan menghempap kenderaan yang melalui atau parkir di kawasan tersebut bila tibanya musim hujan. Permasalahan ini boleh menyebabkan kepada kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Adakah pokok-pokok lama yang ada di dalam Negeri Selangor ini di kawal selia secara terperinci oleh Pihak Berkuasa Tempatan?
-
Bagaimanakah bentuk caranya pengawalan seliaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan?
-
Nyatakan kawasan yang telah di kawal selia oleh Pihak Berkuasa Tempatan khususnya di dalam Daerah Klang?
35) PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah rasionalnya penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan DUN yang dimenangi Barisan Nasional?
-
Berapakah jumlah wang yang digunakan untuk Pusat Khidmat Masyarakat dan daripada mana dana diperolehi?
-
Adakah penggunaan wang untuk program tertentu yang hampir sama dengan program disediakan wakil rakyat kawasan merupakan satu pembaziran wang rakyat?
35) WIFI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan maklumat terkini mengenai pelaksanaan WiFi Percuma Selangor.
-
Apakah cara kerajaan untuk memastikan dan memantau WiFi tersebut berfungsi dengan baik?
-
Berapakah jumlah pengguna yang menggunakan WiFi Selangor dalam setahun?
35) MYSEL
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah permohonan kewarganegaraan, sijil lahir dan kad pengenalan dalam program MYSEL
-
Nyatakan senarai bagi permohonan yang diproses, ditolak dan di luluskan
35) PUSAT KEBUDAYAAN INDIA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah status perancangan untuk mewujudkan Pusat Kebudayaan India?
35) WIFI SMART SELANGOR DI LUAR BANDAR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Adakah program Wifi Smart Selangor yang dirancang untuk memberi liputan internet percuma turut dilaksanakan di luar bandar?
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh kerajaan untuk melaksanakan program ini di kawasan luar bandar terutama sekali di DUN Permatang?
35) HOSPITAL SHAH ALAM
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai kronologi pembinaan Hospital tersebut dan bilakah ianya akan disiapkan ?
-
Sila nyatakan sehingga kini berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaan hospital tersebut dan berapakah kos asal semasa tawaran dikeluarkan ?
-
Sila huraikan dengan jelas apakah kelemahan yang dikenal pasti sehingga berlaku kelewatan yang sedemikian serius dan berapakah jumlah kapasiti pesakit semasa yang dapat ditampung oleh hospital tersebut apabila siap kelak ?
35) KAD PEDULI SIHAT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan pemohonan yang berjaya untuk Kad Peduli Sihat mengikuti kawasan DUN.
-
Berapa peruntukan yang telah dipakai untuk kegunaan Kad Peduli Sihat mengikuti kawasan DUN?
-
Nyatakan panel klinik yang telah didaftar bawah skim Kad Peduli Sihat di DUN Rawang.
35) PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH KILANG-KILANG DI DUN SENTOSA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kilang yang telah diambil tindakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan MPK yang mempunyai aduan penduduk setempat.
35) PENUBUHAN PETALING JAYA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila beri kronologi dan butiran pengambilan tanah oleh Kerajaan Negeri untuk membentuk bandar satelit Petaling Jaya
-
Berapakah pampasan yang dibayar untuk tanah tersebut?