34) KEBERSIHAN KESELURUHAN DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini penggubalan Enakmen Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor.
-
Status terkini penyediaan Pelan Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Negeri Selangor yang akan menentukan kaedah pengurusan dan pelupusan yang efektif
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas tanah TOL yang tidak diusahakan?
34) PENGURUSAN ZON BERSIH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Apakah kemajuan pencapaian dan keberkesanan Zon Bersih bagi setiap PBT di Negeri Selangor pada 2024?
-
Apakah kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan Zon Bersih di sesuatu kawasan dan nyatakan langkah - langkah bagi menanganinya?
34) GEJALA SOSIAL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Apakah program pembangunan sosial yang telah dijalankan bagi mengurangkan masalah sosial yang semakin meningkat di Selangor?
34) PENGANGKUTAN AWAM DUN RAWANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Adakah rancangan kerajaan untuk bina railway transit di kawasan Rawang?
-
Adakah kerajaan merancang untuk memberi perkhidmatan feeder bus MRT kepada penduduk Rawang ke stesen MRT yang berhampiran?
34) MASTER PLAN 50 TAHUN BEKALAN AIR SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos yang dibayar oleh Kerajaan Selangor kepada Perunding dalam kajian Water Resources, Supply, Demand and Distribution Study For Selangor yang dikatakan akan dijadikan Master Plan bekalan air Selangor untuk 50 tahun akan datang?
-
Mohon dinyatakan, siapakah syarikat atau individu yang dilantik sebagai perunding berkenaan serta latar belakang pengalaman dan kepakaran mereka?
-
Setakat ini bagaimana prestasi perunding berkenaan dan apakah maklumat-maklumat awal yang telah dibekalkan kepada kerajaan dalam menangani Krisis Air Selangor?
34) HAKMILIK TANAH SEKOLAH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah cara penyelesaian untuk isu tanah sekolah yang belum diwartakan bawah hakmilik SJKT Batu Arang dan SMK Rawang?
-
Apakah status kini berkenaan permohonan tanah baru untuk kegunaan padang sekolah bagi SJKC Batu Arang dan SJKC San Yuk?
34) TANAH TOL DI SABAK BERNAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan keluasan dan lokasi tanah TOL di Sabak Bernam
-
Berapakah perbezaan hasil cukai tanah TOL pada tahun 2008 dan 2015 di Sabak Bernam?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas tanah TOL yang tidak diusahakan?
34) PEMERKASAAN FUNGSI MUZIUM NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan fungsi Muzium Negeri dalam memperkenalkan budaya warisan masyarakat negeri Selangor yang berbilang agama, kaum dan bangsa?
34) MASALAH JALAN BERLUBANG (POT-HOLE)
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap penampalan jalan berlubang dilakukan dengan kadar segera?
-
Berapakah jumlah aduan kes berkenaan (Pot-Hole) yang diselesaikan oleh pihak MPK di DUN Sentosa?
34) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI RM 50 BILION KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan negeri telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi RM 50 Bilion pada tahun 2009 meliputi lima langkah utama. Berapa banyak yang telah dibelanjakan daripada RM 50 bilion tersebut dan dari mana sumbernya?
-
Apakah perkembangan projek-projek di bawah Pakej Rangsangan tersebut?
-
Adakah impak pakej tersebut pada sosioekonomi rakyat setelah dua tahun setakat kini?