34) AKHBAR NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor mempunyai akhbar-akhbar sendiri iaitu Selangor Kini, Selangor Times dan Selangor Indru untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Sejauh manakah sambutan rakyat terhadap akhbar-akhbar ini?
-
Bagaimanakah akhbar-akhbar ini disampaikan kepada rakyat?
-
Berikan statistik tentang penambahan akhbar-akhbar ini dari sejak diterbitkan sehingga kini.
34) FENOMENA EL-NINO
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan tindakan kerajaan negeri dalam menghadapi Fenomena El- Nino yang dijangka melanda Negara sekitar bulan Jun sehingga bulan September tahun ini?
-
Apakah pula tindakan yang akan diambil untuk mengurangkan jerebu hasil dari kebakaran kawasan tanah gambut?
34) LOJI RAWATAN AIR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila beri pengeluaran air terawat bagi setiap logi rawatan air di Negeri Selangor untuk tahun 2017 (sila beri purata pengeluaran harian, dan puncak pengeluaran harian).
-
Apakah kapasiti pengeluaran setiap loji rawatan air tersebut?
34) JOM SHOPPING
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat kaedah baru yang lebih mudah dan baik untuk program Jom Shopping Warga Emas yang boleh digunakan? Kerana ketika ini, pegawai di pejabat saya menghabiskan masa yang banyak untuk mengikut prosedur dan kertas kerja.
34) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah terkini Rumah Selangorku yang telah siap, sedang dibina dan telah diluluskan mengikut jenis.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan jumlah tersebut memenuhi permintaan semasa?
34) PERTANIAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Adakah projek pertanian lain yang telah dirancang bagi memberi peluang rakyat Selangor memajukan pertanian sebagai satu industri selain projek ternakan babi yang bernilai RM100 juta?
-
Mengapakah projek ternakan babi itu menjadi keutamaan dalam Dasar Pertanian Negeri di bawah kerajaan baru ini?
34) MENAIKTARAF JAMBATAN DAN MELEBARKAN JALAN KE TAPAK PERKUBURAN CINA DI KG BAHAGIA BUKIT LAGONG, MUKIM BATU, DAERAH GOMBAK
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan bersedia membina jambatan di tanah perkuburan cina di Kg. Bahagia Bukit Lagong, Mukim Batu, Daerah Gombak untuk kemudahan pengurusan pengebumian ?
34) SUMBER KEWANGAN BARU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada bercadang untuk mengkaji penjanaan sumber kewangan negeri yang baru seumpama model institusi Baitulmal. Apakah status semasa dan hasil kajian tersebut dan siapakah tenaga pakar yang terlibat?
-
Berapakah anggaran perolehan negeri jika model ini dilaksanakan?
-
Apakah implikasi terhadap institusi Baitulmal sedia ada jika model baru ini dilaksanakan?
34) SENI DAN BUDAYA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengalakkan perkembangan seni dan budaya di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
34) PEMBEKALAN KOMPUTER UNTUK PEJABAT-PEJABAT TANAH/ DAERAH
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan maklumat terperinci jumlah komputer yang diperlukan, jumlah komputer yang sedia ada dan kekurangan komputer mengikut pejabatpejabat tanah/ daerah.
-
Menurut sistem yang sedia ada, semua komputer adalah dibekalkan oleh ICT. Hal ini menyebabkan PTD tidak dibenarkan untuk membeli komputer dan seterusnya memperlahankan proses kemasukan data di PTD berasingan. Saya bercadang agar pejabat tanah diberi kuasa untuk membeli komputer untuk kegunaan pejabat tersebut. Sila Y.A.B. memberi pandangan anda.