34) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi JMB yang telah ditubuhkan setakat ini?
-
Apakah langkah bagi memastikan JMB yang dibentuk mendapat kerjasama penduduk?
34) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan menghadapi kekangan dalam perlaksanaan Program Tuisyen Rakyat Selangor di Sekolah Kebangsaan atas perbezaan parti Kerajaan Negeri dan Pusat?
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk Program Tuisyen Rakyat Selangor berkenaan penangguhan peperiksaan SPM sehingga tahun 2021?
34) HUKUMAN KEPADA PEMILIK HAIWAN TERNAKAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar atau polisi oleh pihak berkuasa tempatan dalam undang - undang terhadap pemilik haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran dan boleh menyebabkan kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan serta kehilangan nyawa?
34) PENYIASATAN TANAH MILIK PAJAKAN PETALING JAYA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah status penyiasatan tanah milik pajakan Petaling Jaya yang diumumkan oleh mantan Menteri Besar pada tahun 2012?
34) MENANGANI MASALAH PENGANGGURAN DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang lembap, peluang pekerjaan menguncup, sedangkan golongan pencari kerja bertambah di Selangor: i. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menghadapi suasana ini? ii. Apakah usaha-usaha yang diambil untuk menyediakan peluangpeluang pekerjaan terutama kepada golongan belia?
34) MISI BANTUAN PANTAS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapa misi bantuan telah dilakukan oleh PANTAS sejak ia ditubuhkan?
-
Senaraikan jenis bantuan dan jumlah peruntukkan yang diperolehi bagi setiap misi bantuan yang dibuat
34) PRESTASI GLC SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan syarikat GLC Selangor dan prestasi kewangan sejak 2017 hingga kini.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi GLC Selangor yang masih mengalami kerugian?
34) PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah status pewujudan zon-zon IKS di setiap daerah dan prestasi perkembangannya?
-
Berapa banyakan premis perniagaan yang telah diwujudkan untuk membantu usahawan Selangor?
34) KESIHATAN UNTUK ORANG ASLI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah Orang Asli mengikut daerah di Negeri Selangor yang telah menerima Kad Peduli Sihat.
-
Sila nyatakan jenis perkhidmatan kesihatan yang digunakan oleh kaum Orang Asli dengan Kad Peduli Sihat.
-
Apa cadangan penambahbaikan perkhidmatan kesihatan untuk Orang Asli Selangor?
34) PROGRAM KESIHATAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Pada masa ini Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan bantuan kesihatan bagi 3 jenis rawatan pembedahan kecil yang ditanggung oleh pihak kerajaan negeri iaitu pembedahan katarak, bantuan dialisis dan pembedahan kecil; Adakah pihak kerajaan negeri bercadang untuk menambahkan jenis penyakit dan rawatan selain di atas?
-
Adakah pihak kerajaan negeri bercadang untuk pembiayaan bahan-bahan anggota palsu seperti kaki palsu dan prosthesis dan plate?
-
Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk mewujudkan pusat dialisis di setiap DUN?