4) MASALAH PENGAMBILAN SYARIKAT AIR DI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Hingga kini nampaknya usaha Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat ingin mengambil alih syarikat air masih belum berselesai. Apakah masalah utama menghalang Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih syarikat air?
-
Apakah tuntutan Syarikat konsesi air yang dianggap tidak wajar?
-
Apakah tindakan seterusnya bagi pengambilalihan?
4) KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI KAWASAN PEMBINAAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pemaju yang tidak mematuhi kebersihan dan keselamatan di kawasan pembinaan pada tahun 2014?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri kepada pemaju yang tidak mematuhi kebersihan dan keselamatan di kawasan projek pembinaan?
4) TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Bertulis
-
Terdapat satu jurang besar antara pengeluaran tenaga dan penggunaan tenaga di Negeri Selangor. Apa rancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan bangunan-bangunan Kerajaan semua menjana dan menggunakan tenaga solar?
-
Apa rancangan Kerajaan Negeri untuk menjana tenaga micro dan mini hidro di sungai-sungai Negeri Selangor?
-
Di sektor pertanian terdapat sisa pertanian yang tidak dikitarsemula. Apa rancangan Kerajaan Negeri untuk menjanakan tenaga melalui biomass?
4) PEMBANGUNAN SEMULA KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM (KSAS)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSAS) telah mendapat Kebenaran Merancang (KM)? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Nyatakan keluasan tanah dan lokasi yang akan diberikan kepada pemaju yang melaksanakan Pembangunan Semula KSAS.
4) PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan dapat mempertimbangkan perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi kawasan Taman Matang Jaya, Hospital Sungai Buloh, Kg Melayu Sg Buloh dan Desa Coalfield yang mana ia adalah kawasan penduduk berpendapatan rendah?
4) PENCEMARAN AIR DI TASIK CEMPAKA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Pada 9 Jun 2011 berlaku pencemaran air di Tasik Cempaka menyebabkan kematian hampir 30000 ikan. Apakah yang menyebabkan berlaku pencemaran di tasik berkenaan?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Alam Sekitar?
-
Adakah kaedah bagi menghalang pencemaran terus berlaku?
4) SEKRETARIAT TASK FORCE FELDA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila huraikan perkembangan terkini sekretariat tersebut dan senaraikan ahliahlinya.
-
Sila senaraikan aktiviti yang dilaksanakan oleh sekretariat sejak ianya ditubuhkan
-
Sila nyatakan jumlah dana yang disalurkan kepada Sekretariat bagi memperjuangkan hak dan kepentingan warga Felda Negeri Selangor.
4) ANAK MUDA DALAM POLITIK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan terhadap penglibatan anak muda dalam politik?
-
Apakah program yang dijalankan oleh Kerajaan untuk menanam kepada mereka kefahaman dan prinsip demokrasi tulen?
-
Apakah agensi dan siapakah anggota-anggota pasukan yang melaksanakan program ini?
4) LIPUTAN HUTAN SIMPAN 50%
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Bertulis
-
Apakah komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk mengekalkan litupan hutan 50% daripada permukaan bumi selaras dengan Deklarasi Langkawi 1988, komitmen di Persidangan Rio 1992 dan ditegaskan dalam setiap sidang Majlis Tanah Negara di mana Kerajaan Negeri Selangor dianggotai oleh Menteri Besar?
4) RIZAB PIHAK BERKUASA TEMPATAN(PBT)
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai jumlah Rezab setiap PBT di Negeri Selangor sejak tahun 2008 hingga 2011 ?
-
Sila nyatakan apakah pendekatan yang bakal diambil oleh PBT Negeri Selangor dalam usaha memperkukuhkan rezab dan sekaligus memberi perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan mesra kepada rakyat ?
-
Sila nyatakan apakah bentuk ganjaran dan insentif yang bakal diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada mana-mana PBT yang dapat mencapai matlamat tersebut ?