34) PENGGUNAAN AIR DOMESTIK
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan akaun domestik yang mempunyai purata gunaan air dibawah 20m3, antara 20m3 dan 35m3 dan yang melebihi 35m3.
-
Sila beri pecahan tersebut mengikut daerah
34) PENIAGA KECIL
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menyelaraskan penempatan lambakan penjaja kecil dalam tempoh PKP ini?
-
Apakah inisiatif oleh Kerajaan Negeri dalam membantu penjaja kecil dalam tempoh PKP?
34) HARTANAH TIDAK TERJUAL
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu hartanah tidak terjual di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membenarkan pemaju memohon pelepasan kuota Bumiputera seperti diamalkan Negeri Perak?
34) INDUSTRI PADI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Peningkatan hasil padi dan pendapatan pesawah adalah salah satu kandungan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor. Apakah sumbangan kerajaan negeri yang signifikan dalam meningkatkan hasil padi negeri?
-
Berapakah bilangan pesawah yang telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka berbanding sebelum ini?
34) ELAUN GURU KAFA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pembayaran elaun Guru KAFA mengikut tahap kenaikan sebagaimana diumumkan dalam belanjawan 2016 sehingga Jun 2016?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaraskan jumlah kenaikan elaun pada masa akan datang?
34) ADUAN KILANG HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kilang yang telah diambil tindakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan MPK yang mempunyai aduan penduduk setempat.
-
Senaraikan tindakan yang telah diambil untuk menangani isu pembakaran terbuka oleh MPK di DUN Sentosa.
34) SPIES
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Selain dari audit dalaman dan luaran ke atas aktiviti S.P.I.E.S., apakah langkah lain oleh Jawatankuasa Tetap PPP untuk memantau dan mengawal selia aktiviti S.P.I.E.S secara berterusan dan berkala?
34) PEMBANGUNAN USAHAWAN INDIA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu program khusus dalam membantu meningkatkan taraf soio ekonomi masyarakat India di Selangor?
34) KUIL HINDU DI HULU SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kuil Hindu di Hulu Selangor yang telah diwartakan sebagai Rumah Ibadat Selain Islam sejak tahun 2008.
-
Senaraikan kuil Hindu di Hulu Selangor yang menerima peruntukan Kerajaan Negeri (RIBI) dengan jumlahnya sejak tahun 2008.
34) BADAN PENGURUSAN BERSAMA FLAT (JMB)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak pangsapuri atau flat tiada JMB atau JMB kurang aktif. Tiada penduduk yang berminat menubuhkan JMB baru dan kutipan yuran penyelerengan tidak memuaskan. Hal ini menimbulkan kesukaran untuk menjalankan segala urusan. Apakah tindakan akan diambil demi menyelesaikan masalah ini?